testing

                                                                 Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, August 12, 2010

Musibah diganti dengan yang lebih baik.....Alhamdulillah

Huh..dah lama betul tak update blog..dh hampir 3 bulan sampaikan kakak sepupu ku bertanya "kenapa Intan dah lama tak update blog?" Hehehe....bukan tak nak update, tapi takde cerita best yang nak dikongsikan bersama. Sejak akhir-akhir ini, musibah datang bertimpa-timpa. Hebat juga dugaan yang aku terima baru-baru ini. Malah apa yang lebih menyedihkan, musibah yang menimpa aku dan suami berlaku sehari sebelum kami menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-2. Pada 31 Julai 2010, sewaktu kami bersiap-siap untuk menghadiri kenduri di surau Kg. Pendamar, suami ku tiba-tiba sahaja bertanya, "Mama, mana laptop kita? Mama simpan ke?". Aku dengan tercengang dan melopong menjawab, "Eh, mana ada Ma simpan. Ma ingatkan Papa dah simpan". Berderau darah kami...Kelam-kabut mencari 1 rumah. Sahlah memang sudah dicuri. Tapi kami tak perasan langsung sebab tiada kesan pecah masuk rumah. Terus ke Balai Polis Kandang membuat report. Hajat untuk ke surau tetap aku teruskan walaupun hati sudah tidak keruan. Sampai sahaja di surau, aku terus mendapatkan ibuku. Aku berbisik ke telinganya dengan deraian airmata, "Mak, laptop oghang hilang, kena curi". Hati seorang ibu yang sentiasa memahami anaknya. Ibuku yang sedang mendengar ceramah terus membuka telekung dan mengikutku pulang ke rumah. Di rumah, ibuku sempat bertanya "Kau ada duit tak nak beli laptop yang baru. Kalau takde, mak ada. Mak leh keluarkan duit tabung haji". Airmata hampir menitis sekali lagi. Tak tergamak aku nak menyusahkan ibuku lagi. Sudahlah selama ini akulah anak yang paling banyak menghabiskan duit ibu ayahku kerana menanggung pengajian aku di universiti. "Takpelah mak, duit mak tu kan nak guna pergi haji tak lama lagi, mak simpanlah. Alah..ada rezeki Johan berniaga lebih nanti, oghang belilah yang baru". Sengaja aku menyedapkan hati ibuku yang risau dengan keadaan anaknya ini. Ayahku yang mengetahui hal ini juga sempat memberiku semangat, "Intan, kena selalu ingat..setiap musibah yang Tuhan bagi, di penghujungnya ada sesuatu yang lebih baik nanti. Tapi dengan syarat, kena betul2 ikhlas terima, tak boleh mengeluh, tak boleh merungut". Hari ini sudah masuk hari ke-2 umat Islam berpuasa, dan sekarang aku dapat merasai kebenaran dari kata-kata ayahku ini. Alhamdulillah, suami ku yang membuka perniagaan di Pasar Ramadhan, MITC dan Duyung menunjukkan hasil yang lumayan. "Alhamdulillah, aku bersyukur padaMu Ya Allah. Kau tarik barang yang aku sayang, tapi Kau berikan aku rezeki perniagaan yang semakin hari semakin baik. Kau tangguhkan hajatku untuk menimang cahaya mata, tapi rupa2nya Kau mahu berikan aku peluang sekali lagi membawa ibuku bersolat Tarawih dan beribadat kepadaMu dengan tenang di RamadhanMu kali ini. Semua yang Kau utuskan, semuanya ada hikmah Ya Allah.  Barangkali jika aku tidak ditimpakan musibah dan kesusahan, aku akan jauh dari Mu Ya Allah"......

3 comments:

  1. Intan, lepas ni pastikan lebih berhati-hati...rumah pastikan berkunci.Nasib baik laptop je hilang, kalo pencuri tu ape-apekan kita masa tu lagi susah kan?

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan..... semoga kita tabah menghadapi segala ujian....

    ReplyDelete
  3. dhr ~ thanks for your caring...

    Encik MamaT ~ ya..insyaAllah....manusia mmg selalu diuji..

    ReplyDelete