testing

                                                                 Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, February 5, 2015


Sebahagian pelayan / kendarat De Jasmine Catering

Alhamdulillah....setelah hampir setahun lebih saya tidak mengemaskini blog saya ni, hari ini saya ingin berkongsi perkembangan terkini mengenai bisnes yang saya jalankan bersama suami tersayang. Perniagaan kami telah didaftarkan pada bulan April 2014 yang lalu. Saya dan suami bersetuju untuk mengambil nama Jasmine untuk diletakkan sebagai nama perniagaan katering kami memandangkan kehadiran Jasmine telah membawa seribu sinar kebahagiaan dalam hidup kami berdua. Walau pun kami memulakan perniagaan ini dalam keadaan kami tidak mempunyai satu pun peralatan katering, kami tetap kuatkan semangat untuk meneruskannya. Kami gunakan segala pengetahuan dan pengalaman yang kami perolehi ketika membantu perniagaan katering ayah dahulu.

Oleh kerana kami tidak mempunyai peralatan katering yang mencukupi, suami terpaksa menyewa peralatan seperti pinggan mangkuk, cawan dan periuk daripada pengusaha katering yang lain. Jadi, keuntungan yang kami perolehi kami gunakan untuk membeli peralatan katering secara sedikit demi sedikit. Suami juga gunakan keuntungan yang diperolehi untuk membina tempat memasak dan tempat menyimpan peralatan katering. Saya tahu dia bersungguh-sungguh dan bermati-matian untuk memajukan perniagaan kami walaupun adakalanya saya lihat dia terlalu letih dan terkejar-kejar menguruskannya. Sebagai isteri, saya sentiasa memberi sokongan kepadanya supaya tidak patah semangat dengan segala ujian yang menimpa.

Alhamdulillah..pertengahan 2014, suami saya dapat membeli sebuah van secondhand daripada kawannya. Van itu kami gunakan untuk mengangkat barang-barang katering. Jadi, tidak perlulah kami meninjam van ayah lagi apabila menerima projek katering dalam kuantiti yang kecil. Walau bagaimanapun, kami harus menyewa sebuah lagi van apabila menerima projek katering dalam kuantiti yang besar dan banyak. Tak mengapalah..insha Allah selepas ini kami menyimpan duit sedikit demi sedikit untuk membeli lori pula. Tidak ada kejayaan tanpa usaha dan kesusahan. Biarlah kami bersusah-susah dahulu, asalkan keperluan Jasmine mencukupi. Kami bermatian mencari rezeki selama ini pun adalah untuk Jasmine. 

Saya sentiasa berdoa kepada Allah agar memelihara rumahtangga kami, keluarga kami dan perniagaan kami. Janganlah perniagaan kami ini membuat kami lalai dan lupa kepada-Nya. Jadikan perniagaan kami ini sumber untuk kami sentiasa bersedekah dan berbahagi dengan orang-orang yang kurang berkemampuan.