testing

                                                                 Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, February 5, 2015


Sebahagian pelayan / kendarat De Jasmine Catering

Alhamdulillah....setelah hampir setahun lebih saya tidak mengemaskini blog saya ni, hari ini saya ingin berkongsi perkembangan terkini mengenai bisnes yang saya jalankan bersama suami tersayang. Perniagaan kami telah didaftarkan pada bulan April 2014 yang lalu. Saya dan suami bersetuju untuk mengambil nama Jasmine untuk diletakkan sebagai nama perniagaan katering kami memandangkan kehadiran Jasmine telah membawa seribu sinar kebahagiaan dalam hidup kami berdua. Walau pun kami memulakan perniagaan ini dalam keadaan kami tidak mempunyai satu pun peralatan katering, kami tetap kuatkan semangat untuk meneruskannya. Kami gunakan segala pengetahuan dan pengalaman yang kami perolehi ketika membantu perniagaan katering ayah dahulu.

Oleh kerana kami tidak mempunyai peralatan katering yang mencukupi, suami terpaksa menyewa peralatan seperti pinggan mangkuk, cawan dan periuk daripada pengusaha katering yang lain. Jadi, keuntungan yang kami perolehi kami gunakan untuk membeli peralatan katering secara sedikit demi sedikit. Suami juga gunakan keuntungan yang diperolehi untuk membina tempat memasak dan tempat menyimpan peralatan katering. Saya tahu dia bersungguh-sungguh dan bermati-matian untuk memajukan perniagaan kami walaupun adakalanya saya lihat dia terlalu letih dan terkejar-kejar menguruskannya. Sebagai isteri, saya sentiasa memberi sokongan kepadanya supaya tidak patah semangat dengan segala ujian yang menimpa.

Alhamdulillah..pertengahan 2014, suami saya dapat membeli sebuah van secondhand daripada kawannya. Van itu kami gunakan untuk mengangkat barang-barang katering. Jadi, tidak perlulah kami meninjam van ayah lagi apabila menerima projek katering dalam kuantiti yang kecil. Walau bagaimanapun, kami harus menyewa sebuah lagi van apabila menerima projek katering dalam kuantiti yang besar dan banyak. Tak mengapalah..insha Allah selepas ini kami menyimpan duit sedikit demi sedikit untuk membeli lori pula. Tidak ada kejayaan tanpa usaha dan kesusahan. Biarlah kami bersusah-susah dahulu, asalkan keperluan Jasmine mencukupi. Kami bermatian mencari rezeki selama ini pun adalah untuk Jasmine. 

Saya sentiasa berdoa kepada Allah agar memelihara rumahtangga kami, keluarga kami dan perniagaan kami. Janganlah perniagaan kami ini membuat kami lalai dan lupa kepada-Nya. Jadikan perniagaan kami ini sumber untuk kami sentiasa bersedekah dan berbahagi dengan orang-orang yang kurang berkemampuan. 

Friday, January 25, 2013

tiada lagi kesedihan di tahun baru....

Mine selepas balik dari klinik...injection 5 bln :)

Tahun baru ini keluarga kami menyambut 2 kelahiran baru...anak ke-5 bagi abg & kakak ipar saya..Baby Girl lg...Jasmine ada lar kwn nk main pondok2 nnt...hee
Another one, anak sulung bagi adik & adik ipar saya...Baby Boy....semangat betul..3.6 kg...mcm berat Mine sewaktu usianya 2 bulan...Bertuah bagi mereka..kerana belum sampai setahun mendirikan rumahtangga sudah punya anak...bunting pelamin ler katakan....Apa2 pun..alhamdulillah.........keluarga kami semakin besar...

 Irdina Jasmine sudah berusia 7 bulan...bulan ni tak timbang..n takde injection...8 bulan nanti baru datang klinik semula...setiap kali injection, alhamdulillah Mine belum pernah demam lagi...Saya selalu berharap semangatnya kuat...lebih kuat dari saya yang selalu saja rapuh hati dan jiwanya...
Mine cuma menangis sewaktu jarum suntikan masuk...tapi sekejap saja...dia akan kembali ok & tersenyum selepas itu...senyumannya itulah yang membuatkan hati saya berbunga riang...bahagia yang belum pernah saya rasa sebelum ini....lebih bahagia daripada sewaktu selamat diijabkabul...
barulah saya tahu..betapa bahagianya menjadi seorang ibu..


Mine dah pandai berdiri sendiri tanpa disokong sesiapa..sesekali dia jatuh tapi tak serik2 untuk mencuba lagi..
begitulah saya harapkan....janganlah dia seperti saya..selalu saja patah semangat untuk terus berdiri...
Irdina Jasmine..anak yang sangat kuat semangatnya...ramai yang tidak percaya dia sudah boleh berdiri di pertengahan usia 6 bulan..
cuma yang merisaukan hati saya..dia tak lalu makan nestum...sudah bermacam2 perisa cuba saya selang-selikan..dia selalu saja mencebekkan bibirnya..seboleh2 mahu dikeluarkan apa yang saya suapkan..
mujurlah dia kuat menyusu...
walaupun adakalanya kewangan kami sesak siket...tapi masih tetap menggunakan susu yang mahal untuk dia..bimbang kalau ditukarkan ke susu yang lebih murah, berat badan & seleranya akan jatuh..
lebih2 lagi saya tidak mempunyai susu badan..100% bergantung kepada susu formula sahaja..

Mine dah boleh meniarap pada usia 3 bulan

Tahun baru kami dengan semangat dan azam yang baru...suami berazam untuk menurunkan berat badan...hahahaha..saya pula berazam untuk memastikan taraf hidup keluarga saya bertambah baik..
bermacam2 saya rancangkan bersama suami...
saya bercadang untuk menukar kereta..memandangkan sudah punya anak kecil sekarang..
setiap kali nak keluar..mesti angkut stroller..& beg keperluan Mine...
jadi saya fikir Atos saya dah tak relevan lagi untuk kami...hee..insyaallah...kami akan tukar kereta yang besar siket..dari segi kerjaya pula, saya berazam untuk bekerja dengan lebih komited lagi...hee...

Rasanya tu saje kot untuk tahun 2013 ni..takutlah nak buat azam banyak2..takut tak tercapai..nanti azam tinggal azam pulak........
saya berdoa semoga rumahtangga saya dilindungi Allah...anak saya, Irdina Jasmine juga dipelihara Allah dari segala sesuatu yang tidak baik & diberi kesihatan...ammin...
saya tidak mahu lagi memikirkan kesedihan....kerana ia hanya merosakkan kebahagiaan yang saya ada sekarang...saya tidak mahu lagi bertanya kenapa saya diduga begini...kerana ia hanya menjadikan saya hamba yang tidak bersyukur....
apa yang saya tahu..........saya hanya mahu menikmati kebahagiaan ini bersama suami dan anak...biarlah apa yang orang lain ingin kata atau mencemuh tentang kami...kerana Allah tidak akan bertanyakan dosa orang lain kepada kita.......biarkan mereka yang ingin menambah dosa sendiri.....saya diamkan saja...................

Mine suka mamam kertas...hee


Friday, September 14, 2012

Panggilan telefon yang paling melegakan hati.....hee

Fuhh.....fuhh...fuhh...
kalau sebelum ni memang takkan jawab kalau tak kenal nombor siapa yang call
tapi tadi ada call
then aku jawablah...
yahooo...alhamdulillah..dipanggil interview untuk jawatan..."tutttt..."
so..aku nekad kali ni nak buat yang terbaik..
tak kisahlah diorang offer gaji berapa...
memang nak blah cari tempat baru...

rasa-rasanya inilah panggilan yang paling aku tunggu-tunggu selama ni..
dah berpuluh-puluh vacancy aku fill in the blank...hee
tapi 1 pun tak sangkut...cehhh...
nak kata aku ni bodoh sangat...belajar sampai Degree tu...
nak kata aku tak pandai bercakap...lecturer tu...
ni semua soal rezeki kan..
bukankah jodoh, rezeki, ajal dan maut tu rahsia Allah...
jadi, kalau memang ini benar rezeki aku...
aku akan letak jawatan.....notis 1 bulan........
hahahahaha....

Selagi ku bernafas........

Selagi ku bernafas...
aku hanya mengharapkan hari-hari yang aku lalui terasa begitu lambat dan perlahan...
Kerana setiap hari tidak pernah aku merasakan kebaikanku melebihi dosaku..
apa yang aku bicarakan..apa yang aku fikirkan..apa yang aku bayangkan..
paling tidak sedikitpun pasti mengecilkan hati manusia lain...
masih pantaskah aku dimaafkan..
oleh suamiku..ibubapaku...rakan-rakanku...
belum cukup lagi tahajjudku..
belum diterima lagi taubatku...
belum cukup baik lagi aku ini sebenarnya..........

Selagi aku bernafas.......
aku hanya mengharapkan dunia ini adil bagiku...
adil untuk setiap deraian airmataku..
adil untuk setiap usaha gigihku..
adil untuk setiap kesabaranku...
adil untuk setiap pengorbananku...
malangnya....adil itu tidak akan ku temui di dunia..........

Selagi aku bernafas..
aku ingin melihat orang-orang yang aku sayang...
sayangnya sama seperti sayangnya aku pada mereka...
kerana selalu saja aku merasakan sayang mereka seperti angin.......
atau seperti lalang.....
sayang mereka tidak berpendirian...
kasih mereka hanya di masa lapang....
dalam kesibukan.......pantas saja aku ini dilupakan...........
dalam mengejar kemewahan....aku ini diketepikan.......
mujurlah aku punya Yang Maha Penyayang..
kasih sayang-Nya tidak berpenghujung dan bertepian...........

Selagi aku bernafas.....
Aku mengharapkan aku diberi kesempatan untuk bernafas tanpa kesesakan...
Dengan tohmahan, hasutan, cacian, tuduhan dan kejian......



 

Thursday, September 13, 2012

Okid - Wasilah Kasih

Okid - Wasilah Kasih



Tidak ku cintamu kekasih
Kerana balasan yang engkau janjikan dulu
Untuk ku sebuah taman
Yang mengalir sungai kebahagiaan

Sungguh tidak kesampaian cintaku padamu
Seandai terikat dan bersyarat
Pada hukuman cinta kita serasa pula adanya
Tawar menawar penuh tanda tanya

Hanya satu pengucapanmu
Yang kupegang kini menjadi nadi
Hiduplah aku kerananya
Bersama janjimu restu penuh pasti

Berpisah bukan kekasih zahir kau yang hilang
Ku cari pada gambaran nyata
Tidak kutemu kau kekasih bayangmu oh dimana
Hinggakan aku kehilangan punca

Lalu aku kembali ke alam abadi
Bersama amanah janji
Kulihat engkau disana setia menanti
Kekasih kuserahkan

Cinta satu kita lebih bermakna
Dari balasan kau janjikan
Walau kau duga bintang kejora
Menjadi intan tak kuhirau

Dalam sedar aku kembali
Di dalam lena ku kita seabadi
Siang malam hanyalah mimpi
Demi engkau kasih tidak ku peduli


Wednesday, September 12, 2012

Desperate nak cari keje lain....

pagi tadi sempat gak search keje kosong..
then tengok ada job vacancy kat 1 kolej kerajaan negeri..
cepat2 siapkan sijil2 yang diperlukan..
chat kat FB..ckp ngan pegawai nk kuar jap hantar borang keje..
pegawai best..always kaw-tim...hee

sampai tempat dituju, terus jumpa ngan head of HR
kebetulan mmg kenal ngan orang tu
sbb dulu dia offer keje, aku lak gatal2 tolak
merayu2 aku tadi kat dia supaya tlg aku dptkan job tu
lega siket bila dia kata "i'll try my best, intan..then kebetulan nk advertise lebih byk vacancy lps ni"
fuuhhhh........alhamdulillah.......
mintak2 dptlah lepas ni...
kalau dpt, gerenti aku tak tolak lg..
mmg dh desperate nk keje lain..even gaji kurenggg siket dari skrg pun xpe..
i need a new environment...
almost 5 years kt sini...tepu otak aku...
hahahahahahaha.....