testing

                                                                 Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, November 27, 2009

Itu kan mimpi saja..sayang...

"Mama, meh lah sini kejap..Papa ada benda nak cerita ni"..
"Ish Papa ni..apa lagi..Mama ada keje lar nak buat ni lar"..
Melihatkan wajah suami yang dah monyok tu, rasa kesian pula. "Apa dia sayang...cakaplar..Mama dengar ni"..Barulah terukir senyuman yang cukup indah, persis senyuman sewaktu aku menerima lamarannya dulu. Dia mula bercerita..satu-persatu, cukup details perjalanan ceritanya itu.

Begini ceritanya;
"Mama, malam tadi Papa mimpilah Mama. Papa rasa macam real lah Mama. Betul Mama, Papa dapat rasa dengan tangan Papa ni Mama. Papa tengok Mama bersalin. Kita dapat baby perempuan lar Mama. Masa baby tu keluar, diorang bagi Papa pegang..berdarah lagi baby tu Mama. Mama, Papa rasa kan tak lama lagi Mama mesti pregnant kan sayang. Papa memang happy sangat masa tu Mama. Papa rasa macam betul2 akan terjadi Mama sebab masa Papa tidur tu, Papa ada wudhu' lagi Mama".....

Begitulah cerita mimpinya..
Papa..Papa..Papa..itu hanya mimpi sahaja sayang. M.I.M.P.I...mimpi. Kita mudah sahaja mencipta mimpi. Mimpi yang indah memang sukar jadi kenyataan..adakalanya tak terjangkau oleh kita sayang..Jadi, redha dan bersabarlah sayang..........