testing

                                                                 Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, January 14, 2011

Comelnya anak2 kecil.......

Tak tahulah sekarang ni kenapa aku suka sangat dengan anak2 kecil.....tak kisahla waktu tu aku tengah memandu ke..tengah berjalan dengan suami ke..tengah shopping ke...bila ternampak je baby atau budak2 kecil ni, mesti rasa geram sangat...dah tak rasa sedih macam dulu....
Kalau dulu, mesti macam sakit hati je tengok baby..tengok perempuan mengandung pun aku benci sangat....tak leh pandang langsung..sekarang perasaan tu dah takde lagi...adakah aku sekarang pregnant? "tut"....hehehe....
Rasa gembira dan tenang pandang wajah anak2 kecil ini...
InsyaAlllah...semoga Allah swt kurniakan kepada kami anak2 yang soleh dan solehah..
Hanya anak2 yang soleh dan solehah sahaja yang dapat mendoakan kami...
Mungkin rezeki kami belum sampai lagi kan...cuma cepat dengan lambat je...
Harap2 bila ada anak nanti, aku bukan seorang ibu yang terlalu sibuk dengan kerja & bisnes..
Aku harap sangat aku dapat jadi ibu yang terbaik...yang mengasihimu..anakku..
Aku tak suka bila tengok ada mak ayah yang marah anak2nya depan orang ramai..
yang mencubit mereka..yang menengking mereka...
mereka tu kan kecil lagi..apa yang mereka faham...
tapi itu kata aku yang belum ada anak..
Tapi aku harap sangat aku bukan ibu seperti itu..anakku...
Aku tak suka bila tengok mak ayah yang dukung anaknya ke pasar malam..
yang membawa anaknya naik motosikal...
yang membawa beg pakaian dan anaknya menaiki bas..
tidak kasihankah mereka pada anak itu...
bahaya naik motosikal..tapi apakan daya jika itu sahaja kemampuan mereka..
tak elok keluar malam..tapi apakan daya jika tiada sesiapa yang boleh menjaga anak itu di rumah...
tak panaskah anak itu di dalam bas..berhimpit2 dengan orang ramai...
tapi apakan daya jika kemiskinan itu takdir hidup mereka..
Tapi aku harap aku mampu menyediakan kemudahan, kesenangan,
keselesaan dan kemewahan kepadamu anakku...
tapi jika satu hari nanti ibu dan ayahmu ini jatuh miskin...kesusahan hingga terpaksa meminta2..
mampukah dirimu anakku membantu ibu? ayah?
mampukah dirimu mempertahankan maruah ibu ayah daripada kata2 hina manusia?
mampukah dirimu anakku menerima kesusahan ini dalam kamus hidupmu?
dan paling aku takut.....
mampukah dirimu anakku menjaga ibu dan ayahmu ini seperti kami menjaga & mengasihimu dulu?
betapa takutnya aku menghadapi kemungkinan ini........



Purdah...Niatku Terhalang....


Sabtu lepas, aku memberanikan diri memakai purdah buat pertama kalinya ketika keluar rumah. Waktu itu aku keluar untuk membantu keluargaku mengendalikan katering sebuah majlis perkahwinan. Semasa tiba di rumah mak, semua agak terkejut dengan pemakaian aku yang tidak seperti biasa. Tapi abah dan mak tenang saja dan tersenyum. Malah ibuku dengan pantas berkata padaku, "Mak ada beli purdah 3 lapis masa kat Mekah dulu, amikla". Cuma hatiku begitu kecewa dengan sedih dengan kata2 kakakku yang seakan mengejek aku dengan purdah ini..."Ish apa ni..dah macam kena H1N1 je..nampak mata"..lebih menyedihkan dia menyindir aku.."Jangan dekat dengan cik Tan..dia hantu..". Aku tidak marah dengan kenyataan itu kerana mungkin dia jahil..dia tidak tahu apa2 mengenai purdah ini...tidak mengapalah. Aku gagahkan diri memakai purdah ini ke majlis katering itu..Alhamdulillah, orang ramai seperti biasa sahaja...dan tidak sesekali mengejek atau takut mendekati aku....aku rasa sesuatu yang lain kerana dapat melakukan kerja2 di situ dengan lancar sekali...tidak panas...tidak berpeluh langsung waktu itu walaupun sangkaan aku pada mulanya (sebelum memakai purdah) mungkin akan rimas dan berpeluh teruk bila memakai purdah..Allah swt permudahkan niatku....alhamdulillah...

Mungkin status aku sebagai isteri belum mengizinkan aku untuk berbuat apa sahaja walaupun yang ingin aku lakukan itu untuk kebaikan suami dan rumahtangga. Aku sangkakan suamiku akan membenarkan aku memakai purdah untuk selamanya..tapi tidak sama sekali..Mungkin pada awalnya dia membenarkan kerana menyangka aku memakai purdah pada tempat2 tertentu. Malah kini dia langsung tidak membenarkan aku memakainya kerana katanya dia belum bersedia untuk berubah. Agak pelik kerana aku tidak minta dia yang berubah, sebaliknya aku yang ingin berubah kerana banyak faktor, yang tidak dapat aku nyatakan di sini. Lebih mengecilkan hati ini bila terjadi pertengkaran kecil antara kami.."kalau nak pakai macam ni, jangan pilih saya..baik awak kahwin dengan ustaz sahaja..ini dah melampau"....kepada siapa harus aku adukan kesedihan ini kalau bukan pada Allah yang satu....
 Adakah benar aku perlu berkahwin dengan ustaz atau mufti sekalipun jika aku ingin berpurdah? Adakah benar tindakan aku berpurdah ini melampau..di luar batasan agama Islam? Aku tidak pandai berhujah, tapi aku tahu apa yang aku lakukan itu baik..tidak salah..Tambahnya lagi, "macam mana dengan saya kalau awak berpurdah? saya ni aktif main bowling, main badminton, nanti kawan2 cakap apa...isteri berpurdah, suami bersosial....biarlah seimbang". Tak mengapalah kalau niat baik ini dihalang hanya kerana status aku sebagai isteri bukan sebagai ketua keluarga yang segala keputusan di tangannya....semoga satu hari nanti aku dapat tunaikan hajat hati ini sebelum menutup mata mengadapMU Ya Allah....
Bukan kerana aku lemah..bukan kerana aku takut...Aku tidak berdaya melakukannya tanpa sokongan dan keizinan dari suami..harap wanita yang berpurdah di luar sana, tidak menyalahkan aku....harap sangat mereka memahami keadaanku ini...Kakak dan abang iparku sempat melemparkan kata2 yang agak pedih untuk aku dengar sepanjang hidup aku..bukan sekali dua ini sahaja..sudah acap kali tindakan aku diperlekehkan..."alah..nak buat baik tak payah purdah..yang penting niat kau tu..tujuan kau tu...kalau kau cakap nak tutup pintu fitnah....fitnah apa nya?"...Sehingga kini........aku tidak lagi memakai purdah....sehingga kini....aku tidak menjawab setiap tentangan itu..kerana bagi aku...apa gunanya aku bertelingkah dengan manusia yang sememangnya tidak pernah adil dalam menghukum manusia lain............Ku luahkan segalanya padaMU Ya Allah..yang hanya Kau memahami bahasa hati yang tidak bisa didengari manusia lagi saat ini....yang tidak lagi mengerti walau yang ku harap itu adalah yang dekat di hati..rupanya kini jauh lagi....