testing

                                                                 Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, April 26, 2010

ada hal je..cari aku..

ada hal je..cari aku..kena kan aku...
sebab katanya aku laki bini bekerja
banyak 'mahsyuk'.."takkan nak pinjam siket pun tak leh"
KEPALA HOTAK KOGHANG LA...
AKU LAKI BINI MACAM NAK MAMPUS CARI DUIT
KOGHANG TIDO, KITORANG LUM BALIK LAGI
KOGHANG BANGUN, KITORANG DAH PERGI KERJA

ada hal je..cari aku...kena kan aku...
sebab katanya aku laki bini takde komitmen
"alah..koghang takde anak..leh lah..kitorang banyak benda nak bayar..nak tanggung"
KEPALA HOTAK KOGHANG LA..
KITORANG TAKDE ANAK PUN, TAPI KITORANG CARI DUIT MACAM NAK TANGGUNG 10 ORANG ANAK
KITORANG TAK NAK ANAK KITORANG SUSAH MACAM KOGHANG SEKARANG

ada hal je..cari aku..kena kan aku...
sebab katanya bapak aku banyak duit..banyak projek..
"koghang apa susah, bapak kau ada..leh tolong..takkan mati kelaparan punya"
KEPALA HOTAK KOGHANG LA...
BAPAK AKU ADA PUN, TU HARTA DIA..AKU TAK TUMPANG LANGSUNG
BILA MASA PULAK AKU LAKI BINI TAK MAKAN!

ada hal je..cari aku..kena kan aku...
sebab katanya hujung minggu aku takde aktiviti..duduk rumah je..
"tolong ler siket kemas rumah tu..koghang bukan buat apa pun"
KEPALA HOTAK KOGHANG LA..
KALAU DAH DARI ISNIN SAMPAI JUMAAT AKU BEKERJA MACAM NAK MATI
CUTI NI LA..AKU NAK GOYANG KAKI 

ada hal je..cari aku..kena kan aku...
sebab katanya aku laki bini belum jadi 'makbapak' lagi...
"kau tak jadik mak lagi..kau tak tau lagi letihnya macam mana"
KEPALA HOTAK KOGHANG LA..
KITORANG BELUM JADI MAKBAPAK LAGI DAH PUN RASA BETAPA PENAT
JANGAN SESUKA HATI CAKAP KITORANG TAK TAU APA ITU 'PENAT,LETIH, NAK MATI, NAK PENGSAN, BLA2'


"APA KE JADAHNYA CAKAP AKU MACAM NI!!!!!!!!!!!!!"
WARNING~ PLEASE THINK FIRST BEFORE YOU TALK/BLAME THE OTHER PEOPLE..

Kita Akan Dijemput...

Di dalam hidup kita seharian
Ada persamaan inginan
Mencari harta sebanyak mana
Masa terdaya

Bila mentari menyuluh bumi
Kita pun bangkit dari mimpi
Menyambung semula pencarian
Terhenti semalam

Kepuasan terpancar jelas
Bila yang dimimpi terbukti
Dengan kekayaan yang dimiliki
Masih tidak lagi mencukupi

Memang begitu sikap manusia
Tidak puas dengan yang ada
Seolah harta di dunia
Bisa bawa ke sana

Kita terlupa harta yang nak dibawa
Amalan seharian itu yang pasti harus di hati
Sudah terlewat bila tubuh terbujur kaku tidak berfungsi
Di saat itulah terlihat semua di mana tempat kita

Harus diingat kita hanya musafir
Yang didatangkan hanya sementara
Menghunikan alam
Dan pasti akan dijemput untuk pulang
Dijemput pulang..

Thursday, April 22, 2010

Alahai Bos..Bos..

Perihal ini berkisah tentang majikan ku yang ber'title'..syyhhh...tak leh mentioned..Hahahaha. Lagak gayanya seperti orang yang tingi ilmunya, banyak bacaan dan kajiannya. Masakan tidak, lihat sahaja pada janggut dan jambang yang hampir memenuhi raut wajahnya yang kian uzur. Rambutnya yang semakin berkurangan..dan mencerahkan lagi kepalanya yang berkilat itu..tidak ubah seperti manusia yang tidak punya masa untuk menguruskan diri sendiri. Kami selalu menegur dan menasihatinya agar pandai menjaga penampilan dan selalu menguruskan diri. Ketuaku juga selalu mengingatkannya supaya memakai 'kod/blazer' setiap kali menghadiri mesyuarat dan membuat pembentangan pada seminar yang kami anjurkan. Kasihan pada ketuaku..berbuih sudah mulutnya meleteri penampilan bos kami yang selekeh, namun dia tetap selesa seperti itu. Sampai satu tahap, kami semua fed-up dan berkata.."Lantaklah kau!"..
Itu satu hal..hal yang lain pula, dia selalu lupa apa yang dia kata dan apa yang dia suruh kami buat. Malah, kami langsung tidak dibenarkan membuat sedikit kesalahan. Aduhai...mana ada manusia yang tak pernah buat silap bos oi..Bila silap sedikit, mulalah dia membebel berjam2 lamanya. Adakalanya kesilapan itu sudah lama berlalu, tetapi sentiasa diungkit dan diceritakan kepada kakitangan yang lain. Tidak tahu langsung menjaga air muka dan maruah manusia lain.
Baru-baru ini, dia mengarahkan aku menaip draf brosur untuk seminar akan datang. Aku faham benar pe'el dia ni..kalau dia suruh buat, jangan tangguh, tinggalkan kerja lain dan buat kerja dia on-the-spot. Aku dengan kelam-kabut segera menaip apa yang ditulis walaupun tulisannya seperti 'cakar ayam'..Ayam menulis pun lagi cantik agaknya. Memandangkan sudah tiba waktu balik, aku tidak semak sekali lagi dan terus memberi draf itu kepada ketuaku untuk disampaikan padanya. Esoknya, seorang rakan sekerja mengadu kepadaku yang bos naik angin dengan kerja aku. "Inilah graduan Melayu sekarang, lain yang kita suruh buat, lain yang dia buat, macam mana nak maju, pemalas, cuai, bla2". Aku pun hairan dan bertanya pada kawan yang bercerita tadi.."Apsal orang tua tu marah sangat? Apa yang aku buat?"..Kawanku menjawab, "Memanglah dia marah, dia tulis 'BUDAYA KERJA MEMBENTUK KEPERIBADIAN', tapi kau taip, 'BUDAYA KERJA MEROSAK KEPERIBADIAN'.Eleh..silap sikit pun nak hangin..Menyampah..
Mungkin dia bukan marah pasal aku salah taip. Tapi dia 'hangin' pasal aku menyindir dia kot. Yelah, mana tidaknya, budaya kerja di sini sekarang memang boleh merosakkan keperibadian kami. Contohnya, si 'K' tu selalu sahaja datang lewat, tak pernah 'punch' kad, suka hati keluar masuk pejabat macam kompeni bapak dia, takde pulak bos nak marah. Bos puji lagi adalah. Mana kami tak bengang. Alasan bos sebab si 'K' selalu bawa dia ke sana sini dan jadi teman duduk minum. Yang mana bodek bos, bos suka lah. Kami ni yang selalu menasihati bos dan menegur bos, bos cakap kami kurang ajar pulak.
Satu hal lagi pasal bos..Kami tak suka cara bos memaki hamun orang lain dan selalu memburukkan orang lain. Sebaik sahaja kaki bos masuk pejabat, bos pagi2 buta dah mengutuk orang, memaki hamun orang, memburukkan orang. Kami tak suka lah bos. Telinga aku ni dah naik sebu mendengar cerita dia yang menganggap semua orang bodoh, buruk, hina, takde kelulusan, cabok, cikadak.."itu istilah bos selalu guna". Bos kena istigfar banyak2 bos...Bos tu dah tua..kena buat amal banyak2 bos. Tu jari kaki Allah dah tarik satu, jangan sampai Allah tarik semua sampai tak boleh nak bercakap langsung nanti bos...
Tapi, walau macam mana buruk manusia itu, tetap ada baiknya..Ada satu sahaja yang aku suka pasal majikan ku ini. Dia sangat peramah dan menegur semua orang walaupun tidak dikenalinya. Semua orang hendak diajak berborak. Sampaikan makcik yang buat air kat Foodcourt dan anak dara di kedai majalah pun boleh jadi teman berbualnya. Kadang2 nampak seperti nak menggatal je bos ni, tapi itulah bos kami....Baik ke buruk ke..selagi tak dapat keje lain, kami sabar je lah bos....Alahai bos..bos..

Redha....

Alhamdulillah...sepupuku sudah bergelar seorang ayah kepada seorang cahaya mata lelaki pada tanggal 12 April lalu, iaitu tarikh yang sama dengan anak buahku. Gembira rasanya melihat seorang demi seorang tidak kira kawan ataupun saudara-mara ku menimang cahaya mata. Jauh di sudut hati, bilakah tiba masanya aku pula bergelar seorang ibu. Kerap-kali aku ajukan pertanyaan yang serupa kepada suamiku yang barangkali sudah setinggi langit kesabarannya menghadapi pertanyaan 'bodohku'.."Papa, bila kita nak dapat anak ni Papa. Dah lama betul Mama rasa kita macam ni je Papa". Namun dia tidak pernah jemu menjawab walaupun dengan jawapan yang tetap sama. Masakan dapat jawapan yang lain kalau soalannya asyik begitu sahaja. "Sabarlah Mama, belum rezeki lagi Ma".
Mujur aku memiliki seorang suami yang benar2 memahami hati dan perasaanku. Dia benci melihatku menangis kerana padanya aku menangis untuk sesuatu yang tidak patut ditangiskan. Mungkin benar katanya. Aku terlepas pandang atau aku ini manusia yang tidak tahu bersyukur. Seringkali aku merasakan apa yang berada di tangan orang lain adalah lebih baik daripada yang ada di tanganku sendiri. Astagfirullah...
Suamiku yang sabar dan tenang selalu menasihatiku dengan hal2 yang membuatkan aku harus berkata.."Alhamdulillah..aku bersyukur apa yang aku ada"..
Hal 1:
Kami belum berpeluang memiliki cahaya mata, tetapi Allah bagi kami peluang untuk hidup berdua sepuas2nya seperti pasangan bercinta. Masih ada masa menonton wayang bersama, masih boleh berbaring di riba suami sewaktu menonton tv, masih boleh bersuap-suapan ketika makan walaupun di khalayak ramai, masih boleh bangun di tengahari setiap hujung minggu dan banyak aktiviti yang masih lagi boleh dilakukan berdua tanpa gangguan. Jika ada anak, mungkin aku harus merombak semula rutin kami. Hehehehe..
Hal 2:
Walaupun masih belum ada anak, tapi Allah berikan kami rezeki dalam perkara yang lain pula. Kami dapat membeli sebuah rumah yang bakal siap pada awal tahun hadapan. Kami dapat membeli sebuah lagi kereta untuk kegunaan perniagaan dan kami juga dapat bekerja siang dan malam mengumpul duit untuk kesenangan anak2 nanti.InsyaAllah..Jika ada anak, sudah pasti tumpuanku harus lebih padanya dan tidak dapat membantu suami berniaga lagi..
Hal 3:
Sementara belum ada anak, aku masih boleh berbelanja mengikut 'suka hati aku'..beli itu, beli ini. Aku masih boleh membelikan suamiku sehelai dua pakaian baru setiap kali dapat gaji. Kami boleh selalu makan di luar dan tak perlu memasak di rumah. Jika ada anak, barangkali aku banyak menghabiskan wang perbelanjaanku untuk membeli keperluan anak seperti 'pampers', susu, pakaian dll. Aku harus mengenepikan sedikit wang jika ada kecemasan seperti anak sakit di tengah malam dan kos untuk mengupah pengasuh menjaganya.
Hal 4:
Aku masih berpeluang mendekatkan diri pada Allah swt sebanyaknya. Aku berpeluang memandu kereta menghadiri majlis2 keagamaan & zikir. Aku masih punya masa menggantikan solat2 yang telah ku tinggalkan dulu. Aku masih boleh mengerjakan solat2 sunat. Aku masih banyak masa untuk bersendirian bersama kekasihku..Allah swt...Alhamdulillah..Inilah nikmat yang sangat berharga.
Hal 5:
Allah swt Maha Mengetahui kemampuan dan kesediaan kami untuk memiliki anak pada waktu ini. Kewangan kami yang belum stabil ekoran hutang yang masih banyak perlu dibayar. Masa kami yang terlalu sibuk dengan kerja dan penuh dengan aktiviti berniaga. Malah, ilmu tentang keibubapaan yang masih cetek dan sedang dalam proses pembelajaran. Dan ilmu agama yang harus kami ajarkan pada anak2 kami masih juga belum mencukupi.
Hal 6:
Aku harus belajar mengambil iktibar daripada mereka yang kurang berkemampuan dan lebih susah hidupnya. Ada mereka yang masih tinggal di rumah sewa, walaupun anak sudah empat lima. Ada mereka yang hanya punya motosikal sahaja membonceng anak duduk di tengah untuk dibawa ke sekolah. Ada juga yang masih belum berkahwin walau sudah lanjut usia. Ada ramai yang menahan nafsu berbelanja demi memikirkan keperluan anak yang harus diutama. Ada ramai lagi yang sudah bertahun lamanya berumahtangga, masih sabar menanti kehadiran cahaya mata dan tetap menyinta sesamanya. Ada yang lalai ibadahnya, kerana sibuk melayan dan menguruskan anak semata2.

Hal2 begini yang membawaku menjadi manusia yang tahu menghargai nikmat Allah swt..Belajarlah untuk bersyukur apa yang ada, sabar & redhalah apa yang tiada. "Boleh jadi kesenangan itu membawa keburukan, dan kesusahan itu memberi kebaikan buat kamu. Sesungguhnya Allah Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui". (al-Baqarah : 216)...Terima kasih suamiku atas segala nasihatmu....

Wednesday, April 7, 2010

Rela...

Tak ubah berbunga lalang..
Rendahnya pandanganmu
Padaku yang amat memerlukan
Kegersangan sekeping hati
Mengharapkan setitis embun
Agar basah rindu ini
Aku yang terbiar
Sejak mula lagi
Puas ku merintih
Puas ku berduka
Ku hanya mampu berserah
Berserta doa harapan
Ubahlah haluan hidup ini
Demi cinta yang menyala
Ku rela menggenggam bara api
Demi kasih yang mengharum
Sungguh aku rela
Biarpun pada pandangan
Seperti bunga yang layu terbuang
Namun kau pasti tahu
Semua kerna aku masih lagi setia padamu
Biarku menangis seumpama pengemis

Ibu mertuaku datang bertanya lagi...

Malam kelmarin, ibu mertuaku yang ku panggil "Mama" datang ke kedai aku berniaga. Mama datang bersama mak busu. Aku yang sedang sibuk mengambil 'order' pelanggan segera bergegas mendapatkan Mama. "Mama dari mana ni dengan busu?". "Mama baru balik mengaji ni hah..saja singgah. Selalu Ma gi makan kat kedai sebelah sana". Belum pun sempat aku mencelah, Mama menyambung lagi celotehnya. "Ni hah, Intan tau kan Kak Zah dah tu.." Aku apa lagi, belum sempat ibu mertuaku habiskan bicaranya, biar aku yang melengkapkan ayatnya. "Hah, Intan tau dah..Kak Zah dah mengandungkan. Kan Mama dah cerita masa datang hari tu. Kak Zah pun dah lama kawen kan Ma. Dahtu, sekarang Mama nak tanya Intan pulak ke" (ish sedikit kurang ajar pula aku malam tu..hehehe). "Hah..Intan ngan Johan takde apa2 lagi ke?. Mama nak tau gak". Aduh..aduh..pedih betul pertanyaan itu. Walaupun aku sudah lali dengan pertanyaan begitu, tapi dalam hati terusik juga. Tapi aku yang tetap dengan ego aku dengan selamba aku menjawab.."Alah Ma, lum lagi lah Ma. hari tu gi hospital dapat result doktor. Doktor bagi pil subur. Doktor cakap jangan stress sangat". Mak busu yang dari tadi hanya mendengar tersenyum seakan faham yang aku sedang kesedihan.
Suami aku datang menghampiri kami. Dia bercerita mengenai perancangannya untuk membuka cawangan / stall burger lagi, membeli anak benih ikan keli yang baru, dan macam2 lagi. Mama seperti menyindir kami, "Kau ni berdua cari duit macam nak menanggung 10 orang anak". Suami pun dengan 'cool' menjawab.."takde anak pun tapi hutang banyak Mama oi"...Aku dan mak busu pun tergelak la hapa lagi.
Sebaik makanan yang Mama pesan sampai, aku pun berlalu pergi bila melihat Papa 'angkat punggung' dari situ. Aku dapat melihat riak wajahnya yang sedikit muram. "Tak mengapalah Papa..hanya kita yang tahu apa yang kita lalu".........

Potret di hari lahir Papa...

Ish..bingung betul memikirkan apakah hadiah yang harus aku berikan pada suami sempena hari lahirnya yang lalu. Pernah juga suami suarakan hasrat hatinya nak seutas jam tangan SEIKO terbaru yang harganya 4 angka. Ish giler ke hapa..mana mampu aku. Lagipun jam hantaran dulu masih elok. Rasanya membazir sahaja kalau aku beli barang yang sudah ada sebab (aku takde duit..hehehe). Nak bagi T-shirt polo, rasanya baru 2 bulan lepas aku belikan sehelai untuknya. Kalau nak beli lagi pun aku memang tengah 'sengkek' giler ni. Nak bagi kasut, nanti tak muat pulak rak kasut yang ada sekarang (rak kasut dah penuh). Kena pulak suami aku beli rak kasut baru nanti..Dah satu hal pulak..Hahahaha..Nak bagi perfume, bukan dia suka pakai pun. Hantaran punya dulu pun ada lagi. Kalau aku tak paksa pakai, dia tak pakai. Fuhh..sakit hati betul..sabar je lar aku.
Baru aku teringat yang suamiku minat lukisan. Balik saja dari kerja, aku terus pergi ke Banda Hilir, mencari2 pelukis potret di sana. Sekeping gambar suami juga aku bawa sekali. "Abang, tolong lukiskan gambar ni boleh?"..tanya aku tersengih2 sambil menghulurkan gambar kepadanya. "Boleh dik, tapi adik pilih dulu yang macam mana adik nak sebab ada macam jenis potret". Aku pun apa lagi..tercari2 jenis potret yang kira okla dengan bajet aku ada..(ada RM50 je ni). "Abg, saya nak yang ni. Kalau siap dengan frame berapa bang?Saya nak amik sekarang jugak". Lega hati aku bila abang tu menjawab,"Rm...je dik. Tapi adik kena datang malam sebab sekarang abang kena siapkan yang lain dulu".
Malamnya aku datang bersama suami untuk mengambil potret. Suami terkejut dan tersenyum padaku sebab dia tidak menyangka aku akan menghadiahkan sebuah potret sempena hari lahirnya kali ini. Walaupun potret itu hanya potret lakaran kasar dan tidak betul2 serupa dengan apa yang ada dalam gambar yang aku beri, namun aku tetap berpuas hati kerana kasihku padanya bukan terletak pada gambar atau lukisan semata2.."Selamat Hari Lahir, Sayang......"

Thursday, April 1, 2010

Berat Dugaan Kita, Berat Lagi Dugaan Orang Lain...

Dah lama benar rasanya tak jenguk kawan-kawan di FaceBook. Bila jenguk, rupa2nya ramai yang dah mendirikan rumah tangga. Yang sudah berkahwin, masing2 bercerita mengenai 'anak' yang bakal dilahirkan. Yang sudah ada anak pula, ada yang sedang sarat mengandung dan menambah bilangan anak..Alhamdulillah..Kalau kawan-kawan gembira dan bahagia, aku juga tumpang gembira.Tapi, bohong kalau aku mengatakan aku biasa saja.Terdetik juga di hati ni rasa sedih dan sayu. Aku cuba buangkan segala rasa ini, tapi apakan daya..sebak menahan di dalam, menitis juga airmata dalam diam. Tiba2 teringat pada kata2 doktor yang merawat aku suatu ketika dulu. "Jangan jadikan isu anak untuk buat awak rasa tertekan dan bertengkar dengan suami. Ada banyak perkara lain yang lebih penting daripada ini, Intan. Awak patut fikirkan kematian kerana kita tak pasti bila kita akan dijemput. Saya ada ramai kawan yang sudah bertahun2 berkahwin dan masih tiada cahaya mata. Tapi hidup mereka sangat bahagia. Mereka ada suami yang sangat mencintai mereka. Mereka sambung belajar hingga ke luar negara. Setiap tahun pergi berbulan madu. Malah, saya sendiri yang belum berkahwin tidak pernah kesal dengan nasib saya dan saya bersyukur diberi dugaan sebegini. Awak juga harus kuat kerana ada ramai lagi yang kurang bernasib baik, Intan".
Tapi doktor tetap tak faham selagi tidak berada di tempat saya. Takpelah..hidup harus diteruskan. Walaupun masih tiada anak setelah pelbagai ikhtiar dan usaha kami lakukan, aku tetap tidak patah semangat..jauh sekali untuk menyerah sahaja pada takdir. Bersyukur dikurniakan seorang suami yang sangat memahami dan sabar dengan karenah aku yang adakalanya menekan emosi lelakinya.
Kakak sepupu aku yang tinggal di Sabah lagi hebat dugaannya aku rasa. Dua kali keguguran dan sekarang masih belum ada tanda2 hamil. Simpati aku padanya.Tapi aku dapat lihat, dia seorang yang tabah. Biarpun sudah kematian ayah (paklongku) sejak kecil, kini terpaksa berjauhan dengan keluarga kerana mengikut suami bekerja di sana, dia tetap mampu tersenyum.
Mungkin aku juga harus setabah itu..