testing

                                                                 Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, April 22, 2010

Alahai Bos..Bos..

Perihal ini berkisah tentang majikan ku yang ber'title'..syyhhh...tak leh mentioned..Hahahaha. Lagak gayanya seperti orang yang tingi ilmunya, banyak bacaan dan kajiannya. Masakan tidak, lihat sahaja pada janggut dan jambang yang hampir memenuhi raut wajahnya yang kian uzur. Rambutnya yang semakin berkurangan..dan mencerahkan lagi kepalanya yang berkilat itu..tidak ubah seperti manusia yang tidak punya masa untuk menguruskan diri sendiri. Kami selalu menegur dan menasihatinya agar pandai menjaga penampilan dan selalu menguruskan diri. Ketuaku juga selalu mengingatkannya supaya memakai 'kod/blazer' setiap kali menghadiri mesyuarat dan membuat pembentangan pada seminar yang kami anjurkan. Kasihan pada ketuaku..berbuih sudah mulutnya meleteri penampilan bos kami yang selekeh, namun dia tetap selesa seperti itu. Sampai satu tahap, kami semua fed-up dan berkata.."Lantaklah kau!"..
Itu satu hal..hal yang lain pula, dia selalu lupa apa yang dia kata dan apa yang dia suruh kami buat. Malah, kami langsung tidak dibenarkan membuat sedikit kesalahan. Aduhai...mana ada manusia yang tak pernah buat silap bos oi..Bila silap sedikit, mulalah dia membebel berjam2 lamanya. Adakalanya kesilapan itu sudah lama berlalu, tetapi sentiasa diungkit dan diceritakan kepada kakitangan yang lain. Tidak tahu langsung menjaga air muka dan maruah manusia lain.
Baru-baru ini, dia mengarahkan aku menaip draf brosur untuk seminar akan datang. Aku faham benar pe'el dia ni..kalau dia suruh buat, jangan tangguh, tinggalkan kerja lain dan buat kerja dia on-the-spot. Aku dengan kelam-kabut segera menaip apa yang ditulis walaupun tulisannya seperti 'cakar ayam'..Ayam menulis pun lagi cantik agaknya. Memandangkan sudah tiba waktu balik, aku tidak semak sekali lagi dan terus memberi draf itu kepada ketuaku untuk disampaikan padanya. Esoknya, seorang rakan sekerja mengadu kepadaku yang bos naik angin dengan kerja aku. "Inilah graduan Melayu sekarang, lain yang kita suruh buat, lain yang dia buat, macam mana nak maju, pemalas, cuai, bla2". Aku pun hairan dan bertanya pada kawan yang bercerita tadi.."Apsal orang tua tu marah sangat? Apa yang aku buat?"..Kawanku menjawab, "Memanglah dia marah, dia tulis 'BUDAYA KERJA MEMBENTUK KEPERIBADIAN', tapi kau taip, 'BUDAYA KERJA MEROSAK KEPERIBADIAN'.Eleh..silap sikit pun nak hangin..Menyampah..
Mungkin dia bukan marah pasal aku salah taip. Tapi dia 'hangin' pasal aku menyindir dia kot. Yelah, mana tidaknya, budaya kerja di sini sekarang memang boleh merosakkan keperibadian kami. Contohnya, si 'K' tu selalu sahaja datang lewat, tak pernah 'punch' kad, suka hati keluar masuk pejabat macam kompeni bapak dia, takde pulak bos nak marah. Bos puji lagi adalah. Mana kami tak bengang. Alasan bos sebab si 'K' selalu bawa dia ke sana sini dan jadi teman duduk minum. Yang mana bodek bos, bos suka lah. Kami ni yang selalu menasihati bos dan menegur bos, bos cakap kami kurang ajar pulak.
Satu hal lagi pasal bos..Kami tak suka cara bos memaki hamun orang lain dan selalu memburukkan orang lain. Sebaik sahaja kaki bos masuk pejabat, bos pagi2 buta dah mengutuk orang, memaki hamun orang, memburukkan orang. Kami tak suka lah bos. Telinga aku ni dah naik sebu mendengar cerita dia yang menganggap semua orang bodoh, buruk, hina, takde kelulusan, cabok, cikadak.."itu istilah bos selalu guna". Bos kena istigfar banyak2 bos...Bos tu dah tua..kena buat amal banyak2 bos. Tu jari kaki Allah dah tarik satu, jangan sampai Allah tarik semua sampai tak boleh nak bercakap langsung nanti bos...
Tapi, walau macam mana buruk manusia itu, tetap ada baiknya..Ada satu sahaja yang aku suka pasal majikan ku ini. Dia sangat peramah dan menegur semua orang walaupun tidak dikenalinya. Semua orang hendak diajak berborak. Sampaikan makcik yang buat air kat Foodcourt dan anak dara di kedai majalah pun boleh jadi teman berbualnya. Kadang2 nampak seperti nak menggatal je bos ni, tapi itulah bos kami....Baik ke buruk ke..selagi tak dapat keje lain, kami sabar je lah bos....Alahai bos..bos..

No comments:

Post a Comment