testing

                                                                 Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 21, 2009

Apalah guna menabur budi....

Mak2 kita selalu berpesan buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali...Ayah2 kita pula ajar kita, buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat..." Tapi itu dulu lar mak..Zaman sekarang dah tak boleh pakai lar ayah"...Mak kita pun selalu ajar, kalau orang bagi juadah makanan, jangan pulangkan bekasnya kosong begitu sahaja. Kalau boleh, balaslah juga dengan sesuatu. Itu dulu mak..sekarang tak lagi mak. Kalau dibalas dengan sesuatu, alhamdulillah..Kalau dipulangkan kosong pun tak mengapa kan mak. Kalau dipulangkan kosong tetapi sudah rosak bekasnya pun kita masih terima lagi kan mak. Kalau tak dipulangkan langsung, kita tetap tak mengata kan mak. Tapi sudahlah tak dipulangkan, dikatanya juadah yang kita beri tak enak, dihebahkan kepada jiran2 kita mak..Lebih teruk lagi, diungkitnya pula kebaikan dia yang menggunung itu mak..
Kenapa emak..kenapa ayah..Kita tak ni bangsat sangat ke mak?! Itulah mak..mak mungkin dah lupa apa yang mak pesan kat oghang dulu.."buat baik berpada2". Itulah ayah..buat baik dibalas baik tu semua dari Allah, bukan dari manusia macam kita ni ayah. Mak ayah tak mahu dengar kan. Dari dulu sampai sekarang, ayah tak pernah nak pertahankan oghang kan ayah. Anak ayah yang belajar sampai universiti ni yang ayah pinggirkan. Sampai orang dah mengata keluarga kita pun, ayah tetap nak sebelahkan dia kan ayah. Takpelah ayah...Dah lama benar rasanya oghang rendahkan maruah sendiri sebelum ia dijatuhkan oleh orang lain sebab itu yang ayah ajarkan dulu. Oghang tak kecil hati kalau ayah benci oghang sekalipun. Oghang dah tak marah kalau ayah selalu pertahankan orang2 lain di luar sana. Buatlah apa yang ayah nak buat. Ayah nak tabur budi baik sampai membukit pun takpe ayah. Tapi ayah jangan mengadu kat oghang nanti yang ayah menangis sedih bila bukit budi ayah dah ditarahkan orang rupanya. Ayah..oghang tak pernah lupa sedikitpun kata2 ayah.."Ingat! bila 1 jari menunding ke orang lain, jari yang lain menunding kepada kita". Oghang tak pernah menunding jari pada orang lain. Jahat oghang, salah oghang, buruk oghang..semuanya oghang soghang kan ayah....Apalah guna menabur budi, kalau kita rasa diabdi..apalah guna berbuat baik, kalau untuk diungkit balik..apalah guna hidup bersaudara, kalau sudah kita dihina, apalah guna adanya hati, kalau tiada rasa simpati..kalau hati sudah dicalari, penawar apa sekalipun takkan tercari....Kelebihan & kebaikan yang ada pada kita bukan untuk rasa melebih daripada orang lain, tetapi untuk disyukuri kerana sebenarnya Allah telah menutupi kekurangan kita dengan kelebihan yang kita ada. Oghang tak kisah kalau duduk oghang tak sama rendah dengan orang lain, berdiri oghang tak sama tinggi dengan orang lain. Tapi yang oghang takutkan, kita tak boleh duduk & berdiri lagi................................

Monday, October 19, 2009

Kalau anak berkecil hati....

" Saya tak sayang keluarga saya..saya benci keluarga saya..." Agaknya gila kot orang yang cakap macam ni..Orang gila pun mungkin jadi gila sebab terlalu sayangkan keluarga, suami, isteri, ibu, ayah dll..Semua orang sayangkan keluarganya. Ada juga yang melebihkan keluarga sendiri daripada keluarga mertua (keluarga suami). Lebih sayangkan ibu & ayah daripada suami sendiri. Contoh paling tepat, aku..Hehehehe...Kata orang, kalau sayangkan seseorang / sesuatu..jangan sayang sangat..Kalau bencikan seseorang / sesuatu, jangan benci sangat. Aku tak pernah peduli pun orang nak cakap apa kalau aku lebihkan mak ayah aku daripada segala yang ada kat dunia ni. Tapi itulah...bila kita betul2 rasa sayang sangat kat seseorang..bila sedikit tercalar, rasanya akan berbekas sampai bila2..seperti paku di dinding hati..walau sudah dicabut, lubang dan bekasnya masih nampak kan..lebih teruk lagi kalau paku tu dah lama tertusuk baru kita nak cabut...karatnya Ya Allah..buruk rupanya kan..Bukan senang menjaga hati orang2 yang kita sayang..Sukarnya pula menjaga hati orang2 yang sayangkan kita..Kedua2nya harus kita jaga sampai satu tahap kita rasa.."takpelah kalau aku yang sakit, asalkan diorang semua happy sebab kebahagiaan aku ada pada mereka bukan datang dari luar"..Mungkin itu dulu dan sampai sekarang aku harap aku mampu kekalkan prinsip aku itu sampai bila2..
Aku memang suka mengemas. Pantang betul tengok penyapu..nak menyapu aje kerja nya..Sampai sekarang laki aku cakap.."awak ni macam pembantu rumah la..semua benda nak buat..bawak2la berehat"..Aku tak boleh tengok rumah aku semak. Nak tidur pun tak lelap mata ni la..Sebab tu la apa saja yang berselerak di rumah mak, akan aku clearkan..aku susun baju dalam almari cantik2..aku susun buku di rak elok2..mana kertas2 bil, kad jemputan yang dah tak pakai, aku buang & bakar..Abah aku pula memang tabiatnya suka buka kain pelekat bergulung2 & tak pernah nak sidai pun walaupun tempat penyidai ada depan matanya. Aku tak kisah sebab bukan susah sangat menyidai kain pelekat...kibas2..sidai..siap! Abah ke..mak ke..adik ke..semuanya aku dah faham benar pe'el mereka. Mungkin aku sorang sahaja yang faham mereka..mereka tak pernah faham aku rupanya..Entah apa angin hari tu, ada pula yang mengamuk bila mencari barangnya tak jumpa2. Sangkanya aku dah membuang atau pandai2 mengalihkan barangnya ke tempat lain. Walaupun aku suka mengemas..tapi setiap barang yang aku kemas, aku cuma susunkan elok2..cuma cantikkan kedudukan & rupanya, tak pernah pula aku mengalihkannya jauh ke tempat lain. Apa lagi..terpacul lah ayat yang kurang senang didengar..pedih juga hati ni..nak menangis pun ada..tapi tahan je..tak mahu dilihat orang. "Lain kali kalau tak suka rumah ni semak, jangan duduk sini, pergi keluar! cari rumah lain!"...
Kita selalu melihat cerekarama..drama2 yang mengisahkan ibu ayah yang berkecil hati..berjauh hati..sakit hati..dengan anak2 nya...Kita juga sudah lali mendengar ungkapan seperti.."jangan lawan cakap mak bapak..jaga kecilkan hati mak bapak"..Tapi jarang sekali kita melihat, mendengar, atau memahami sendiri isi hati anak2 yang berkecil hati..berjauh hati dengan ibu ayah sendiri. Barangkali aku bukan seorang anak yang baik. Bahkan menjadi seorang ibu pun belum lagi..mungkin kerana itu lah aku belum layak untuk merasa kecilnya hati seorang anak..jika dibandingkan dengan kecilnya hati seorang ibu yang mulia..seorang ayah yang banyak berkorban...

Kerja...Kerja...Kerja...

Cakap pasal kerja..letih betul rasanya cari kerja ni..Bukan aku takde pekerjaan sekarang. Cuma tempat yang aku kerja sekarang ni agak goyah.Lagipun ramai juga yang dah blah dari tempat ni. Dah 2 tahun lebih rupanya aku bekerja di sini. Tapi rasanya macam dah 2o tahun aku kerja kat tempat ni. Sejak aku mula bekerja di sini sampailah sekarang, dah 5 orang Pegawai Kewangan silih berganti..Ada yang muda..ada yang hensem..ada yang lembut (nyah)..ada yang genit..dan yang terbaru dan baru sebulan masuk kerja, sudah resign..seorang ibu muda sedang pregnant anak ke-2. Sekarang Pegawai Kewangan ada kekosongan...(siapa lg mangsa BOSS aku lepas ni)..Sesiapa yang berhajat nak jawatan ni haruslah mempunyai kebolehan luarbiasa seperti tahan dimaki-hamun, tahan disumpah-seranah, tahan dibuat seperti kuli batak, pandai temberang (terutama kalau supplier/ pemiutang cari), pandai bodek & cover BOSS (puji boss depan2, kutuk boss belakang2)..Aduhai..Boss..Boss..Bila lar Boss nk berambus dari sini Boss..Kami dah tak tahan Boss duduk kat tempat kerja macam ni. Ibarat..Hidup Segan, Mati Tak Mahu..Duit company habis bayar gaji Boss je Boss...Takkan nak wat muka tebal lagi mintak orang atasan wat injection lg Boss.. Aku ni dari jawatan bagus sket..terus turun pangkat. Itu aku tak kisah lah sangat. Yang aku risaukan gaji masuk dah tak tetap macam dulu..kadang2 lambat, kadang2 cepat. Aku masuk sini pun dulu makcik aku yang recommend kan. Alhamdulillah..tempat ni mula nak maju. Tapi baru nak maju, makcik aku resign pulak dah. Tinggallah aku terkontang-kanting kat sini. Nak mintak tolong pakcik2 & makcik2 berpengaruh yang lain, segan aku..malu aku. Tak habis2 muka kroni aku je mintak tolong kat orang. Mungkin usaha aku belum cukup kuat, mungkin doa aku belum didengar Tuhan, mungkin niat & tujuan aku samar2 & tak ikhlas..Entahlah..Tapi seingat aku, banyak juga borang2 mohon kerja yang aku hantar..Antaranya PKNM, KYM, JAIM, JKR, Syarikat Air Melaka, PMH, Inkubator, MITC, UTEM, UiTM, MBMB bla2..Ada juga interview yang aku pergi, tapi semuanya tak berjaya. KPLI pun dah 2 kali aku mohon, tak sangkut juga. DPLI yang senang pun aku tak lepas. Itu tak masuk lagi exam spa yang dah banyak kali aku pergi..semuanya hampeh. Agaknya memang aku tak layak agaknya. Ramai lagi yang pandai2, yang hebat2, yang layak kat luar sana. Dan yang terbaru, aku pergi interview di KYM, mohon jawatan sebagai Pegawai HR..Gembira hati aku bila diterima, tapi gajinya pula ciput..RM900. Apa ke jadahnya aku nak terima kalau gaji yang seribu lebih sekarang pun aku rasa tak cukup..inikan pula ratusan aje..Hajat hati nak sambung Master, fulus pulak tak cukup. Paling kurang pun aku kena sediakan RM14k. Tak termampu aku..rumah yang suami beli..InsyaAllah 2011 siap..nak kena fikir nak beli perabot lagi & kelengkapan rumah yang lain..Adoi..pening kepala woo...Kalau ikutkan hati aku ni, aku tak nak dah kerja lagi. Best lagi masa belajar dulu. Aku tahu belajar je, tak payah fikir pasal nak cari duit pun sebab tu semua mak abah yang sediakan. Sekarang, nak tak nak..suka tak suka..aku kena harung juga. Pernah juga gatal mulut ni saje cakap kat suami.."bila kita nak kaya ni, oghang dah penat la wat katering ni..angkat barang..basuh pinggan mangkuk..itu ini..untung tak seberapa"...Tapi suami aku dengan tak berapa nak cool menjawab..."bukan susah nak jadi susah, bukan senang nak jadi senang...Ingat! ada orang senang melihat kita susah..dan susah melihat kita senang"..Aku yang lambat pick-up ni pun terkebil2 tengok muka dia yang makin gelap itu......??????

Tuesday, October 13, 2009

AKU LAH ADI PUTRA...

Sajak ini dideklamasikan oleh Adi Putra dalam rancangan Ac Sempoi..

Akulah Adi Putra
Melayu tidak pernah lupa
Duduk di Tahun 1
Rasanya tersiksa
Tiada siapa peduli
Tetapi aku bisa bedakan
Ilmu Allah bagi & ilmu diajar guru
Bermula dengan a,b,c..one,two,three...alif,ba,ta
Di mana trillion..di manakah billion
Di mana tafsir al-Quran..
Di mana doa-doa para nabi dan para wali
Untuk apa aku di sini?
Aku berfikir rasional
Aku berfikir international
Pandai aku, bijak aku, comel aku
Hanya untuk ditonton, diuji dan dipuji
Aku malu
Alangkah ruginya mereka
Untuk apa semua ini?
Di mana mata hati mereka?
Pujian biarlah bertempat
Marah biarlah bersopan
Kurang ajar biarlah berbudi bahasa
Tersirat mereka tak nampak
Tersurat saja mereka lihat
Di mana silapnya?
Rasulullah memimpin ummah
Hebatnya Baginda
Pimpinlah aku..doakanlah aku
Aku punya cita-cita
Aku punya idola
Barangkali aku kecil
Mereka hanya ketawa
Allah Maha Perkasa
Tafsir quran itu hebat
Hafaz Yassin itu penerang hati
Matematik itu tunjang ilmu
Ayuh bangsaku..bangunlah
Kita bertemankan Islam
Kita jadikan Melayu hebat di persada dunia
Bersamaku Adi Putra
Anak Melayu Jati
Wawasan 2020
Takkan Melayu hilang di dunia
Pantang Melayu menderhaka pada sultannya
Pemuda harapan bangsa
Pemudi tiang negara
Mengapa bersembunyi diri di sebalik ibu pertiwi
Sejengkal pun tanahair ku dijajah
Biar putih tulang
Jangan putih mata

Monday, October 12, 2009

Anak kecil yang HEBAT...SubhanAllah...

Malam tadi entah mengapa sukar benar aku melelapkan mata. Suami? Jangan cakaplah..awal-awal lagi sudah berdengkur..barangkali letih seharian menguruskan katering siang tadi..Kasihan..
Lantas aku keluar dari bilik dan membuka tv..Bosan sungguh siaran malam ini..Tiba-tiba aku terhenti pada siaran Astro Ria, Channel 104..Tergamam melihat seorang budak kecil yang comel yang amat petah berkata-kata, setiap butir bicaranya amat mengagumkan. Tidak seperti anak-anak lain yang seusia dengannnya..

"Saya, Adi Putra Bin Abdul Ghani. Umur 10 tahun. Sebelum ini, belajar di Universiti Islam Antarabangsa & Sekolah Islam Antarabangsa. Cita-cita Adi ingin menjadi Professor Matematik Islam. Idola Adi ialah senator Prof Dato Dr Ismail Md Salleh (kini, telah meninggal dunia). Beliau buta, tetapi Dato Pandai, Dato hebat, Dato ada universiti sendiri, Dato Pakar Ekonomi Dunia & Dato bayar gaji pada orang celik. Dan Insya Allah, Adi akan cipta 3 buah satelit. 1 satelit angkasa. 2 satelit bumi. Untuk negara-negara Islam sahaja dengan menggunakan password al-Quran".

SubhanAllah...

Rasanya kisah mengenai kehebatan Adi Putra yang pintar dalam Matematik sudah diperkatakan sejak 2 tahun lepas (kalau tak silap aku). Tapi hari ini aku dapat menonton sendiri kehebatan anak kecil ini di televisyen dalam rancangan AC Sempoi. Tidak pasti sama ada itu siaran ulangan atau baru lagi ditayangkan. Sebanyak 35 angka yang ditulis oleh AC di papan hitam mampu diingati oleh Adi dalam masa 5 minit sahaja. Malah, Adi juga dengan selamba dapat menyebut berapa besar saiz angka2 tersebut...Aku sendiri tidak tahu menyebutnya..setakat juta bolehlah lagi..itupun baru 7 angka..ini 35 angka?! Bayangkanlah..Kemudian, penonton sengaja ingin menyakat Adi, dengan menyuruhnya mengingati 35 angka itu semula secara terbalik (reverse). Sekali lagi, Adi mampu mengingatinya...Melihat keluarbiasaan Adi itu, penonton berdiri & memberikan tepukan gemuruh padanya. SubhanAllah...

Kedua ibu bapa Adi & adik-beradiknya yang lain iaitu abang & kakaknya juga dijemput ke Program AC Sempoi. Daripada apa yang diceritakan oleh ibu Adi..antara ketiga-tiga anaknya, Adi lah yang paling mudah dilahirkannya. Bukan itu sahaja, ibunya pernah bermimpi melihat sebutir berlian, hasil gabungan 5 biji bintang di langit yang cukup terang & bersinar ketika berusia belasan tahun (sebelum berkahwin). Ibunya tertanya-tanya apakah maksud mimpi tersebut. Dan hari ini kelahiran Adi mungkin ada kaitan dengan mimpi itu.

Maha Suci Allah..Dia anugerahkan kita seorang manusia yang pintar di kalangan Islam dan bersyukur di kalangan bangsa kita sendiri...Melayu! Bukan Kristian, bukan Yahudi, bukan kacukan..bukan campuran..satu-satunya anak jati Melayu..yang memang dibanggakan..
Semoga Kerajaan mahupun pihak-pihak lain yang berkenaan dapat memanfaatkan anak kecil ini..bantulah Adi kerana dia bukan dari kalangan mereka yang senang..bimbinglah dia menurut Islam..janganlah didera pemikiran & emosinya..kerana dia juga seperti kanak-kanak yang lain..yang masih seronok bermain bersama kawan-kawan yang lain..

Harapan saya agar pisang tidak berbuah dua kali..Kalau dulu kita bangga mempunyai genius seperti Sufyah..Tapi kita juga kini malu dengan Sufyah yang menjual dirinya hanya semata-mata mahu menampung kos pengajiannya, yang tertekan dengan penceraian ibu bapa & perkahwinannya.. Nauzubillah....Astagfirullah...

Akulah Adi Putra....Anak Merdeka..

Akulah Adi Putra..anak merdeka
Malaysiaku gemilang..
Sedar-sedar negaraku sudah merdeka
Di mana pejuang-pejuang bangsa
Akan ku cari pusaranya
Akan ku pimpin tangan mereka
Akan ku tolak kerusi rodanya

Bangsaku...negaraku tercinta..Malaysia
Sejarah bangsaku terbilang
Empayar Melaka sampai ke negeri China
Hebatnya Raja-raja Melayu
Dikirimkan Puteri Maharaja

Mohon diampun Tuanku..kumpulkanlah al-Hafiz
Jagalah anugerah Ilahi
Ayuh bangsaku semua...pimpinkan tangan mereka
Bertemankan surah Yassin
Bertunjangkan Matematik
Kita gegarkan merdeka dengan takwa
Kita kejutkan yang lena
Kita sahut sampah-sarap dibuang mereka
Kita jadikan baja-baja

Cantiknya Malaysia..
Ada pantai..pohon nyiur melambai
Bisikkan ke telinga..
Anak cucu...anak cucu..anak cucu kita...
Merdekakan negara kita dengan paradigma
Kita pimpin nusantara
Merdeka!..Merdeka!..Merdeka!

Sajak ilham Adi Putra sendiri, dideklamasikan sempena 5o tahun Malaysia merdeka (2 tahun lepas), anak kecil berusia 8 tahun, sudah mencipta lebih 200 formula Matematik, sedang belajar di Universiti Islam Antarabangsa & Sekolah Islam Antarabangsa, bercita-cita ingin menjadi Pakar Matematik Islam, ingin mencipta 1 buah satelit angkasa & 2 buah satelit bumi untuk negara-negara Islam sahaja dengan menggunakan password al-Quran...SubhanAllah...

Friday, October 2, 2009

Bahagia Seorang Isteri...

Seorang suami yang marah kepada isterinya dan dengan segera mengancam isterinya: "Aku akan melenyapkan kebahagiaanmu". Si isteri menjawab dengan tenang, "Anda tidak mampu melenyapkan kebahagiaanku sebagaimana anda tidak mampu memberikan kebahagiaan kepadaku".
Suami bertanya: "Mengapa aku tidak akan mampu melenyapkan kebahagiaanmu?".
Isteri menjawab dengan penuh keyakinan: "Kalau seandainya kebahagiaanku terletak dalam perbelanjaan, tentu anda akan mampu menghilangkannya. Dan kalau terletak dalam pakaian dan perhiasan, tentu anda juga sanggup menahannya. Tetapi kebahagiaanku adalah sesuatu yang bukan milikmu dan tidak dapat kamu kuasai, baik kamu sendiri ataupun orang lain".
Suami bertanya dengan penuh kehairanan: "Jadi, di manakah kebahagiaanmu?"
Isteri menjawab dengan penuh keyakinan :"Sesungguhnya aku memperoleh kebahagiaan dalam keimananku. Dan imanku itu dalam hatiku. Tiada seorang pun yang dapat menguasai hatiku selain Allah swt".