testing

                                                                 Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 20, 2010

10 panduan rumahtangga (wasiat umamah haris)


Pengantin bergambar bersama sebahagian ahli keluarga pengantin perempuan


Seorang ibu, Umamah bt Haris mewasiatkan kepada anak perempuannya yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang raja Yaman, iaitu Al-Haris bin Amru: "Wahai puteriku, aku ingin memberitahumu 10 perkara sebagai pedoman dan panduanmu dalam melayari alam berumahtangga. 10 perkara itu ialah:
1. Jalinkan hubungan dengan suamimu dengan penuh ketaatan, perhatikan perkara yang menjadi kesenangannya dan janganlah sampai dia melihat kepada sesuatu yang buruk atau tercium sesuatu yang tidak enak.
2. Hendaklah kamu sentiasa membanggakannya kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu.
3. Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya nescaya dia akan bersikap lembut terhadapmu.
4. Kamu hendaklah menguruskan hal ehwal rumahtangga dengan sempurna dan baik.
5. Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatan suami, dan simpan segala rahsianya dengan baik.
6. Jangan kamu sesekali membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya.
7. Jagalah waktu makannya dan waktu rehatnya kerana apabila perut lapar akan membuatkan darah cepat naik. Begitulah juga dengan tidur yang tidak cukup akan menyebabkan keletihan.
8. Andainya suamimu nanti sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihan pula. Kamu hendaklah pandai menyesuaikan keadaan dan bijak mengikut suasana hatinya.
9. Kamu hendaklah sentiasa menghiasi dirimu selalu supaya suamimu nanti berasa senang apabila menatap wajahmu.
10. Jadikanlah dirimu sebagai pembantu kepadanya, nescaya nanti suami akan menjadi penolong pula pada dirimu.








Imam (tok kadi) membacakan doa selepas selesai akad nikah.

Tuesday, January 5, 2010

Jeritan Akhir Malaikat Maut

IBNU Abiddunya menceritakan dari Muhammad bin Kaad Al-Qurdhy dia berkata: "Telah sampai berita kepada ku bahawa makhluk yang paling akhir sekali menemui kematian adalah malaikat maut".

Allah berfirman: "Matilah engkau wahai malaikat maut".

Maka ketika itu juga malaikat maut memekik (dengan pekikan yang sangat kuat sekali) yang seandainya pekikan itu didengari ahli langit dan bumi, nescaya mereka akan mati kerana terkejut. Maka malaikat maut pun mati". Malaikat mautlah yang paling merasakan hebatnya kematian.

Ibnu Abiduyya menceritakan dari Ziyad: "Aku telah membaca dalam beberapa kitab bahawa maut itu paling dirasakan sakitnya oleh malaikat maut melebihi makhluk2 yang lain
".