testing

                                                                 Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 5, 2010

Jeritan Akhir Malaikat Maut

IBNU Abiddunya menceritakan dari Muhammad bin Kaad Al-Qurdhy dia berkata: "Telah sampai berita kepada ku bahawa makhluk yang paling akhir sekali menemui kematian adalah malaikat maut".

Allah berfirman: "Matilah engkau wahai malaikat maut".

Maka ketika itu juga malaikat maut memekik (dengan pekikan yang sangat kuat sekali) yang seandainya pekikan itu didengari ahli langit dan bumi, nescaya mereka akan mati kerana terkejut. Maka malaikat maut pun mati". Malaikat mautlah yang paling merasakan hebatnya kematian.

Ibnu Abiduyya menceritakan dari Ziyad: "Aku telah membaca dalam beberapa kitab bahawa maut itu paling dirasakan sakitnya oleh malaikat maut melebihi makhluk2 yang lain
".