testing

                                                                 Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, April 1, 2010

Berat Dugaan Kita, Berat Lagi Dugaan Orang Lain...

Dah lama benar rasanya tak jenguk kawan-kawan di FaceBook. Bila jenguk, rupa2nya ramai yang dah mendirikan rumah tangga. Yang sudah berkahwin, masing2 bercerita mengenai 'anak' yang bakal dilahirkan. Yang sudah ada anak pula, ada yang sedang sarat mengandung dan menambah bilangan anak..Alhamdulillah..Kalau kawan-kawan gembira dan bahagia, aku juga tumpang gembira.Tapi, bohong kalau aku mengatakan aku biasa saja.Terdetik juga di hati ni rasa sedih dan sayu. Aku cuba buangkan segala rasa ini, tapi apakan daya..sebak menahan di dalam, menitis juga airmata dalam diam. Tiba2 teringat pada kata2 doktor yang merawat aku suatu ketika dulu. "Jangan jadikan isu anak untuk buat awak rasa tertekan dan bertengkar dengan suami. Ada banyak perkara lain yang lebih penting daripada ini, Intan. Awak patut fikirkan kematian kerana kita tak pasti bila kita akan dijemput. Saya ada ramai kawan yang sudah bertahun2 berkahwin dan masih tiada cahaya mata. Tapi hidup mereka sangat bahagia. Mereka ada suami yang sangat mencintai mereka. Mereka sambung belajar hingga ke luar negara. Setiap tahun pergi berbulan madu. Malah, saya sendiri yang belum berkahwin tidak pernah kesal dengan nasib saya dan saya bersyukur diberi dugaan sebegini. Awak juga harus kuat kerana ada ramai lagi yang kurang bernasib baik, Intan".
Tapi doktor tetap tak faham selagi tidak berada di tempat saya. Takpelah..hidup harus diteruskan. Walaupun masih tiada anak setelah pelbagai ikhtiar dan usaha kami lakukan, aku tetap tidak patah semangat..jauh sekali untuk menyerah sahaja pada takdir. Bersyukur dikurniakan seorang suami yang sangat memahami dan sabar dengan karenah aku yang adakalanya menekan emosi lelakinya.
Kakak sepupu aku yang tinggal di Sabah lagi hebat dugaannya aku rasa. Dua kali keguguran dan sekarang masih belum ada tanda2 hamil. Simpati aku padanya.Tapi aku dapat lihat, dia seorang yang tabah. Biarpun sudah kematian ayah (paklongku) sejak kecil, kini terpaksa berjauhan dengan keluarga kerana mengikut suami bekerja di sana, dia tetap mampu tersenyum.
Mungkin aku juga harus setabah itu..