testing

                                                                 Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, August 19, 2010

Rezeki tidak disangka..........

BUKIT MERTAJAM: Bagaikan bermusim. Kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi dengan kejadian terbaru membabitkan seorang bayi perempuan ditemui berbalut kain lampin atas meja di depan sebuah rumah dekat Bukit Minyak, di sini, Ahad lalu.  
Bayi berkenaan ditemui seorang pekerja kilang berusia 30-an sebaik pulang dari masjid selepas menunaikan solat Tarawih kira-kira jam 11 malam.
Secara kebetulan lelaki terbabit tidak mempunyai anak selepas berkahwin sejak 10 tahun lalu dan mengambil keputusan menjaga bayi berkenaan untuk dijadikan anak angkat.
Bagaimanapun, rakannya menasihatkan agar dia menyerahkan bayi itu kepada polis untuk siasatan lanjut. Berikutan itu, lelaki terbabit tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah (IPDSPT), Bandar Perda di sini, untuk membuat laporan semalam. Ketua Polis SPT, Asisten Komisioner Azman Abd Lah, berkata bayi perempuan berkenaan seberat 1.4 kilogram dengan ketinggian 43 sentimeter dan berkulit sawa matang. Beliau berkata, bayi itu dalam keadaan sihat tetapi keturunannya belum dipastikan dan dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk pemeriksaan lanjut. “Bayi ini ditemui dua hari lalu dan pengadu berhasrat menjadikannya sebagai anak angkat. “Namun atas nasihat rakan, pengadu tampil ke IPD pagi tadi (semalam) untuk membuat laporan kerana perlu mengikut prosedur jika mahu mengambil anak angkat,” katanya.

Terharu aku membaca berita ini di Harian Metro (18/08/2010)...Apalah dosa bayi ini dibuang oleh ibu sendiri..Adakalanya aku terfikir, "Tidak sakitkah sewaktu melahirkan sehingga dengan begitu mudah kamu membuang zuriat kamu sendiri?"..Bagi aku yang sudah 2 tahun menanti kehadiran 'permata hati' begitu sensitif dengan isu ini..Namun aku tetap yakin dengan janji Allah swt kepada setiap hambaNya yang bersabar & bertakwa..Sepertimana lelaki yang menjumpai bayi ini, sungguh Allah swt telah menjanjikan berita gembira buat dirinya setelah 10 tahun berkahwin tanpa zuriat. Semoga hajat lelaki ini untuk mengambil bayi tersebut sebagai anak angkat akan dimakbulkan Tuhan....ammin Ya Rabb...

At-Talaq [2] ……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
At-Talaq [3] Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 

No comments:

Post a Comment