Papa & Muhammad Harith Hannan
Setiap kali melihat gambar ini, bermacam perasaan yang singgah di hati. Aku suka dengan gambar ini seperti menganggap tidak lama lagi akan seperti ini. Suami ku memangku Muhammad Harith Hannan, anak kaklong ku. Harith memang sangat manja dengan suamiku. Pantang saja terlihat kelibat suamiku, pasti Harith akan bertanya, "Cik An, nak gi ane?, Arith nk tot"..Kalau tak dibawanya, pasti susah kaklong ku nanti. Harith akan mengamuk cubit2 mama dan ayahnya seperti mahu melepaskan geram. Gambar ini juga ku letak di Facebook dan menjadikannya sebagai 'profile picture'. Seperti yang sudah ku jangka, ramai juga kawan2 lama ku sewaktu di sekolah mahupun di universiti bertanya, "Anak kau ke Intan?"..Ni anak kau ye..". Kalau aku nyatakan aku sedih dan kecil hati, pasti aku sendiri yang menjadi punca salahnya. Bukan tak mahu letak gambar yang lain, tapi aku suka dengan gambar ini. Jauh di sudut hati, aku ingin sebuah keluarga yang sempurna..ada anak (sekarang sudah cukup), atau mungkin akan ada anak2 lagi (insyaAllah, akan datang). Kawan2 yang baru berkahwin sudah ada anak, yang sama tahun perkahwinan denganku sudah nak masuk 2 anaknya. Ada yang nampak jelas bahagianya mereka, ada juga yang mengeluh kerana penat & tidak cukup tidur kerana menjaga anak, ada yang bercerita perkembangan anak mereka, dan ada juga yang berkata, "Raya ini lebih bermakna kerana ada orang baru"... Aidilfitri kali ini tetap bermakna bagiku suami isteri kerana masih berdua. Ada yang menyambut raya keseorangan kerana kematian suami/isteri, atau juga hanya tinggal berdua sahaja bila anak2 tidak pulang ke kampung. Masing2 ada kisah dukanya. Barangkali tidak guna aku menganggap segala yg tertimpa adalah yang duka, bahkan sepatutnya aku menerima segala yang terbaik Allah berikan...Adakalanya hidup dengan tiada itu lebih baik kerana dengan yang tiada itu, Allah ada kan yang lain pula....Alhamdulillah...
comel dak tu.... :p
ReplyDeleteIntan atleast ade ramai anak buah. Mak akak blm ade cucu pun lagi!
ReplyDeleteDengan anak abg eman yg kecik tu xrapat? diorg tu sebaya eh?
hazri, comel mcm aku..hahahaha
ReplyDeletekaklong yan, kesian juga dgn maklong ye..tp apa kita boleh buat kan, semua kuasa Tuhan. Hrp maklong faham...manalah tau kan kak, sekali kita bertiga pregnant sama2..insyaAllah...Anak abg eman yg kecik tu dh nk masuk 3 thn, Ade Danny Ishman. Ishman dak Atie (maid Busu) yg jaga kt umah nenek, so kitorang x rapat sgt..