Tak ubah berbunga lalang..
Rendahnya pandanganmu
Padaku yang amat memerlukan
Kegersangan sekeping hati
Mengharapkan setitis embun
Agar basah rindu ini
Aku yang terbiar
Sejak mula lagi
Puas ku merintih
Puas ku berduka
Ku hanya mampu berserah
Berserta doa harapan
Ubahlah haluan hidup ini
Demi cinta yang menyala
Ku rela menggenggam bara api
Demi kasih yang mengharum
Sungguh aku rela
Biarpun pada pandangan
Seperti bunga yang layu terbuang
Namun kau pasti tahu
Semua kerna aku masih lagi setia padamu
Biarku menangis seumpama pengemis
" If ALLAH swt is with you, then whom do you have to fear..If ALLAH swt is against you, then what hope do you have.."
Wednesday, April 7, 2010
Ibu mertuaku datang bertanya lagi...
Malam kelmarin, ibu mertuaku yang ku panggil "Mama" datang ke kedai aku berniaga. Mama datang bersama mak busu. Aku yang sedang sibuk mengambil 'order' pelanggan segera bergegas mendapatkan Mama. "Mama dari mana ni dengan busu?". "Mama baru balik mengaji ni hah..saja singgah. Selalu Ma gi makan kat kedai sebelah sana". Belum pun sempat aku mencelah, Mama menyambung lagi celotehnya. "Ni hah, Intan tau kan Kak Zah dah tu.." Aku apa lagi, belum sempat ibu mertuaku habiskan bicaranya, biar aku yang melengkapkan ayatnya. "Hah, Intan tau dah..Kak Zah dah mengandungkan. Kan Mama dah cerita masa datang hari tu. Kak Zah pun dah lama kawen kan Ma. Dahtu, sekarang Mama nak tanya Intan pulak ke" (ish sedikit kurang ajar pula aku malam tu..hehehe). "Hah..Intan ngan Johan takde apa2 lagi ke?. Mama nak tau gak". Aduh..aduh..pedih betul pertanyaan itu. Walaupun aku sudah lali dengan pertanyaan begitu, tapi dalam hati terusik juga. Tapi aku yang tetap dengan ego aku dengan selamba aku menjawab.."Alah Ma, lum lagi lah Ma. hari tu gi hospital dapat result doktor. Doktor bagi pil subur. Doktor cakap jangan stress sangat". Mak busu yang dari tadi hanya mendengar tersenyum seakan faham yang aku sedang kesedihan.
Suami aku datang menghampiri kami. Dia bercerita mengenai perancangannya untuk membuka cawangan / stall burger lagi, membeli anak benih ikan keli yang baru, dan macam2 lagi. Mama seperti menyindir kami, "Kau ni berdua cari duit macam nak menanggung 10 orang anak". Suami pun dengan 'cool' menjawab.."takde anak pun tapi hutang banyak Mama oi"...Aku dan mak busu pun tergelak la hapa lagi.
Sebaik makanan yang Mama pesan sampai, aku pun berlalu pergi bila melihat Papa 'angkat punggung' dari situ. Aku dapat melihat riak wajahnya yang sedikit muram. "Tak mengapalah Papa..hanya kita yang tahu apa yang kita lalu".........

Potret di hari lahir Papa...
Ish..bingung betul memikirkan apakah hadiah yang harus aku berikan pada suami sempena hari lahirnya yang lalu. Pernah juga suami suarakan hasrat hatinya nak seutas jam tangan SEIKO terbaru yang harganya 4 angka. Ish giler ke hapa..mana mampu aku. Lagipun jam hantaran dulu masih elok. Rasanya membazir sahaja kalau aku beli barang yang sudah ada sebab (aku takde duit..hehehe). Nak bagi T-shirt polo, rasanya baru 2 bulan lepas aku belikan sehelai untuknya. Kalau nak beli lagi pun aku memang tengah 'sengkek' giler ni. Nak bagi kasut, nanti tak muat pulak rak kasut yang ada sekarang (rak kasut dah penuh). Kena pulak suami aku beli rak kasut baru nanti..Dah satu hal pulak..Hahahaha..Nak bagi perfume, bukan dia suka pakai pun. Hantaran punya dulu pun ada lagi. Kalau aku tak paksa pakai, dia tak pakai. Fuhh..sakit hati betul..sabar je lar aku.Baru aku teringat yang suamiku minat lukisan. Balik saja dari kerja, aku terus pergi ke Banda Hilir, mencari2 pelukis potret di sana. Sekeping gambar suami juga aku bawa sekali. "Abang, tolong lukiskan gambar ni boleh?"..tanya aku tersengih2 sambil menghulurkan gambar kepadanya. "Boleh dik, tapi adik pilih dulu yang macam mana adik nak sebab ada macam jenis potret". Aku pun apa lagi..tercari2 jenis potret yang kira okla dengan bajet aku ada..(ada RM50 je ni). "Abg, saya nak yang ni. Kalau siap dengan frame berapa bang?Saya nak amik sekarang jugak". Lega hati aku bila abang tu menjawab,"Rm...je dik. Tapi adik kena datang malam sebab sekarang abang kena siapkan yang lain dulu".
Malamnya aku datang bersama suami untuk mengambil potret. Suami terkejut dan tersenyum padaku sebab dia tidak menyangka aku akan menghadiahkan sebuah potret sempena hari lahirnya kali ini. Walaupun potret itu hanya potret lakaran kasar dan tidak betul2 serupa dengan apa yang ada dalam gambar yang aku beri, namun aku tetap berpuas hati kerana kasihku padanya bukan terletak pada gambar atau lukisan semata2.."Selamat Hari Lahir, Sayang......"
Thursday, April 1, 2010
Berat Dugaan Kita, Berat Lagi Dugaan Orang Lain...
Dah lama benar rasanya tak jenguk kawan-kawan di FaceBook. Bila jenguk, rupa2nya ramai yang dah mendirikan rumah tangga. Yang sudah berkahwin, masing2 bercerita mengenai 'anak' yang bakal dilahirkan. Yang sudah ada anak pula, ada yang sedang sarat mengandung dan menambah bilangan anak..Alhamdulillah..Kalau kawan-kawan gembira dan bahagia, aku juga tumpang gembira.Tapi, bohong kalau aku mengatakan aku biasa saja.Terdetik juga di hati ni rasa sedih dan sayu. Aku cuba buangkan segala rasa ini, tapi apakan daya..sebak menahan di dalam, menitis juga airmata dalam diam. Tiba2 teringat pada kata2 doktor yang merawat aku suatu ketika dulu. "Jangan jadikan isu anak untuk buat awak rasa tertekan dan bertengkar dengan suami. Ada banyak perkara lain yang lebih penting daripada ini, Intan. Awak patut fikirkan kematian kerana kita tak pasti bila kita akan dijemput. Saya ada ramai kawan yang sudah bertahun2 berkahwin dan masih tiada cahaya mata. Tapi hidup mereka sangat bahagia. Mereka ada suami yang sangat mencintai mereka. Mereka sambung belajar hingga ke luar negara. Setiap tahun pergi berbulan madu. Malah, saya sendiri yang belum berkahwin tidak pernah kesal dengan nasib saya dan saya bersyukur diberi dugaan sebegini. Awak juga harus kuat kerana ada ramai lagi yang kurang bernasib baik, Intan".
Tapi doktor tetap tak faham selagi tidak berada di tempat saya. Takpelah..hidup harus diteruskan. Walaupun masih tiada anak setelah pelbagai ikhtiar dan usaha kami lakukan, aku tetap tidak patah semangat..jauh sekali untuk menyerah sahaja pada takdir. Bersyukur dikurniakan seorang suami yang sangat memahami dan sabar dengan karenah aku yang adakalanya menekan emosi lelakinya.
Kakak sepupu aku yang tinggal di Sabah lagi hebat dugaannya aku rasa. Dua kali keguguran dan sekarang masih belum ada tanda2 hamil. Simpati aku padanya.Tapi aku dapat lihat, dia seorang yang tabah. Biarpun sudah kematian ayah (paklongku) sejak kecil, kini terpaksa berjauhan dengan keluarga kerana mengikut suami bekerja di sana, dia tetap mampu tersenyum.
Mungkin aku juga harus setabah itu..

Monday, February 8, 2010
Dari Hadis...
Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis di dalam kitab (Loh Mahfudz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah swt" (Al-Hadid : 22)
Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepada mu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berikanlah berita gembira kepada orang2 yang sabar. (Al-Baqarah : 155)
Jika kamu menjauhi dosa2 besar di antara dosa2 yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahan2 mu (dosa2mu) yang kecil dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga). (An-Nisa : 31)
...janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita...(At-Taubah : 40)
Jadilah kamu pemaaf dan suruhlah orang yang mengerjakan yang maaruf serta berpalinglah dari orang2 yang bodoh (Al-Araf : 199)
Sesuatu yang telah ditentukan Allah pasti akan datang, maka janganlah kalian minta untuk disegerakan.. (An-Nahl : 1)
Jika Allah menyukai seorang hamba, Dia akan memberikan di hatinya suatu kesedihan yang amat mendalam. Bila Dia membenci seorang hamba, Dia akan menjadikan dalam hatinya seruling kesenangan.
Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah baik2, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. (Al-Araf : 204)

Wednesday, January 20, 2010
10 panduan rumahtangga (wasiat umamah haris)

Pengantin bergambar bersama sebahagian ahli keluarga pengantin perempuan
1. Jalinkan hubungan dengan suamimu dengan penuh ketaatan, perhatikan perkara yang menjadi kesenangannya dan janganlah sampai dia melihat kepada sesuatu yang buruk atau tercium sesuatu yang tidak enak.
2. Hendaklah kamu sentiasa membanggakannya kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu.
3. Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya nescaya dia akan bersikap lembut terhadapmu.
4. Kamu hendaklah menguruskan hal ehwal rumahtangga dengan sempurna dan baik.
5. Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatan suami, dan simpan segala rahsianya dengan baik.
6. Jangan kamu sesekali membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya.
7. Jagalah waktu makannya dan waktu rehatnya kerana apabila perut lapar akan membuatkan darah cepat naik. Begitulah juga dengan tidur yang tidak cukup akan menyebabkan keletihan.
8. Andainya suamimu nanti sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihan pula. Kamu hendaklah pandai menyesuaikan keadaan dan bijak mengikut suasana hatinya.
9. Kamu hendaklah sentiasa menghiasi dirimu selalu supaya suamimu nanti berasa senang apabila menatap wajahmu.
10. Jadikanlah dirimu sebagai pembantu kepadanya, nescaya nanti suami akan menjadi penolong pula pada dirimu.
Imam (tok kadi) membacakan doa selepas selesai akad nikah.
Tuesday, January 5, 2010
Jeritan Akhir Malaikat Maut
IBNU Abiddunya menceritakan dari Muhammad bin Kaad Al-Qurdhy dia berkata: "Telah sampai berita kepada ku bahawa makhluk yang paling akhir sekali menemui kematian adalah malaikat maut".
Allah berfirman: "Matilah engkau wahai malaikat maut".
Maka ketika itu juga malaikat maut memekik (dengan pekikan yang sangat kuat sekali) yang seandainya pekikan itu didengari ahli langit dan bumi, nescaya mereka akan mati kerana terkejut. Maka malaikat maut pun mati". Malaikat mautlah yang paling merasakan hebatnya kematian.
Ibnu Abiduyya menceritakan dari Ziyad: "Aku telah membaca dalam beberapa kitab bahawa maut itu paling dirasakan sakitnya oleh malaikat maut melebihi makhluk2 yang lain".

Subscribe to:
Comments (Atom)