testing

                                                                 Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 11, 2012

Bintang kecil dari syurga...........

Irdina Jasmine...itulah bintang kecil dalam hidup kami suami isteri......Penantian selama 4 tahun....dengan pelbagai rintangan dan halangan....bersama usaha yang tidak kenal erti putus asa.....disertai doa yang yakin akan dimakbulkan...................akhirnya semuanya diakhiri dengan kebahagiaan............
Irdina Jasmine atau lebih manja dipanggil Mine dalam keluarga kami berjaya mengubah kesedihan saya selama ini.....Sehinggakan apa saja yang terbayang di mata saya hanyalah wajah manja Mine...gelak ketawa Mine...tangis Mine...8 jam berada di pejabat terasa begitu lama....tidak sabar-sabar untuk pulang berjumpa dengan Mine dan melayani keletahnya........ibu saya bersungguh-sungguh ingin menjaga Mine sewaktu saya keluar bekerja kerana tidak percaya dengan pengasuh zaman sekarang...Pelbagai kejadian bayi mati tersedak susu dan macam-macam lagi di pusat asuhan membuatkan ibu saya bimbang untuk membenarkan cucunya ini dijaga oleh orang lain.........Terima kasih, mak...dalam keletihanmu dan kesihatanmu yang tidak mengizinkan..masih lagi ingin membesarkan cucu-cucunya sendiri termasuk Mine....

Kini hidup saya dan suami sangat bahagia....Kami menghitung hari melihat perkembangan Mine...Perbualan kami sekarang hanya berkisar tentang Mine sahaja...dari hal pakaian, pampers, susu, dan akaun simpanan Mine....Macam-macam yang kami rancang untuk masa depan Mine walaupun usianya baru 2 bulan lebih....Awal-awal lagi kami sudah sediakan bilik yang cantik dan comel untuk Mine....Sehingga keinginan kami untuk berbelanja seperti dulu kami ketepikan..semata-mata ingin memenuhi segala keperluan Mine kerana bagi kami sekarang Mine adalah segala-galanya bagi kami........tiada apa lagi yang kami minta pada Allah selain memberikan kesihatan kepada Mine serta kekuatan kepada kami agar dapat mendidik Mine menjadi anak yang baik dan insan yang berguna...........

Suami saya sangat teruja dengan kehadiran Mine...walaupun Mine masih kecil, segala kelengkapan bayi seperti stroller, baby carrier dan car seat sudah dibeli seawal usia Mine belum lagi 1 bulan waktu itu...Saya bersyukur dan berterima kasih kepada suami kerana semakin kuat bekerja sekarang demi untuk memastikan segala keperluan Mine disediakan dengan baik......Suami tidak mahu hidup Mine susah sepertinya dulu......suami hanya mahu yang terbaik untuk Mine...Sehinggakan suami  bertanya kepada saya ingin menghantar Mine bersekolah di mana bila usianya mencecah 4 atau 5 tahun nanti...Saya hanya tergelak kerana merasakan hal itu lama lagi untuk difikirkan....Adakalanya saya menitiskan airmata sewaktu menidurkan Mine kerana tidak menyangka doa saya telah dimakbulkan Ilahi...wajah Mine yang sangat comel dan manja membuatkan saya tidak kisah sekiranya MIne menangis hingga memaksa saya berjaga sepanjang malam menjaga Mine....Mine ibarat nyawa saya sekarang...................
Raya tahun ini adalah raya ke-5 saya bersama suami..dan menjadi raya pertama bersama orang baru..'Mine'...Kalau sebelum ini selama 4 tahun saya beraya berdua sahaja bersama suami, kini kami sudah bertiga...Indah dan manis raya kali ini bersama Mine..Dulu..setiap kali  raya, saya berasa tertekan dengan pertanyaan saudara mara dan kawan-kawan tentang bilakah kami inigin menimang cahaya mata...Kini tidak lagi...Semuanya gembira dengan kehadiran Mine dalam keluarga kami..Semuanya ingin memegang Mine..Mujur Mine tidak buat perangai dan meragam dengan orang yang dia tidak biasa....Mine baik sahaja...Memang itulah yang saya doakan...berdoa agar Mine menjadi anak yang baik dan disenangi ramai orang...........
Sekarang, kalau suami sibuk bekerja..hanya saya berdua dengan Mine di rumah...saya paling suka waktu memandikan Mine kerana dia akan menangis sehingga hilang suara...hahahaha...tapi sekejap saja...selepas mandi, dia akan senyap dan tersenyum..mungkin sebab selesa dan rasa segar lepas mandi....Saya suka bercakap dengan Mine sewaktu memakaikan Mine pakaian...biasanya Mine akan memandang wajah saya dengan tersenyum...saya selalu melakukan urutan di seluruh badan Mine..ianya amat baik untuk bayi...buat bayi rasa nyaman..selamat..dan dekat dengan kita.....ianya juga baik untuk pembesaran bayi dengan sihat.....

Memang terlalu banyak 'moment2' yang indah yang ingin saya ceritakan tentang bintang kecil kami ini....
"Mine, Mama dan Papa sangat sayangkan Mine..Mine jadi anak yang baik ye sayang..nanti dah besar, jangan tinggalkan Mama dan Papa ye sayang...........kerana Mama dan Papa tidak boleh hidup tanpa Mine"



No comments:

Post a Comment