Malam tadi entah mengapa sukar benar aku melelapkan mata. Suami? Jangan cakaplah..awal-awal lagi sudah berdengkur..barangkali letih seharian menguruskan katering siang tadi..Kasihan..
Lantas aku keluar dari bilik dan membuka tv..Bosan sungguh siaran malam ini..Tiba-tiba aku terhenti pada siaran Astro Ria, Channel 104..Tergamam melihat seorang budak kecil yang comel yang amat petah berkata-kata, setiap butir bicaranya amat mengagumkan. Tidak seperti anak-anak lain yang seusia dengannnya..
"Saya, Adi Putra Bin Abdul Ghani. Umur 10 tahun. Sebelum ini, belajar di Universiti Islam Antarabangsa & Sekolah Islam Antarabangsa. Cita-cita Adi ingin menjadi Professor Matematik Islam. Idola Adi ialah senator Prof Dato Dr Ismail Md Salleh (kini, telah meninggal dunia). Beliau buta, tetapi Dato Pandai, Dato hebat, Dato ada universiti sendiri, Dato Pakar Ekonomi Dunia & Dato bayar gaji pada orang celik. Dan Insya Allah, Adi akan cipta 3 buah satelit. 1 satelit angkasa. 2 satelit bumi. Untuk negara-negara Islam sahaja dengan menggunakan password al-Quran".
SubhanAllah...
Rasanya kisah mengenai kehebatan Adi Putra yang pintar dalam Matematik sudah diperkatakan sejak 2 tahun lepas (kalau tak silap aku). Tapi hari ini aku dapat menonton sendiri kehebatan anak kecil ini di televisyen dalam rancangan AC Sempoi. Tidak pasti sama ada itu siaran ulangan atau baru lagi ditayangkan. Sebanyak 35 angka yang ditulis oleh AC di papan hitam mampu diingati oleh Adi dalam masa 5 minit sahaja. Malah, Adi juga dengan selamba dapat menyebut berapa besar saiz angka2 tersebut...Aku sendiri tidak tahu menyebutnya..setakat juta bolehlah lagi..itupun baru 7 angka..ini 35 angka?! Bayangkanlah..Kemudian, penonton sengaja ingin menyakat Adi, dengan menyuruhnya mengingati 35 angka itu semula secara terbalik (reverse). Sekali lagi, Adi mampu mengingatinya...Melihat keluarbiasaan Adi itu, penonton berdiri & memberikan tepukan gemuruh padanya. SubhanAllah...
Kedua ibu bapa Adi & adik-beradiknya yang lain iaitu abang & kakaknya juga dijemput ke Program AC Sempoi. Daripada apa yang diceritakan oleh ibu Adi..antara ketiga-tiga anaknya, Adi lah yang paling mudah dilahirkannya. Bukan itu sahaja, ibunya pernah bermimpi melihat sebutir berlian, hasil gabungan 5 biji bintang di langit yang cukup terang & bersinar ketika berusia belasan tahun (sebelum berkahwin). Ibunya tertanya-tanya apakah maksud mimpi tersebut. Dan hari ini kelahiran Adi mungkin ada kaitan dengan mimpi itu.
Maha Suci Allah..Dia anugerahkan kita seorang manusia yang pintar di kalangan Islam dan bersyukur di kalangan bangsa kita sendiri...Melayu! Bukan Kristian, bukan Yahudi, bukan kacukan..bukan campuran..satu-satunya anak jati Melayu..yang memang dibanggakan..
Semoga Kerajaan mahupun pihak-pihak lain yang berkenaan dapat memanfaatkan anak kecil ini..bantulah Adi kerana dia bukan dari kalangan mereka yang senang..bimbinglah dia menurut Islam..janganlah didera pemikiran & emosinya..kerana dia juga seperti kanak-kanak yang lain..yang masih seronok bermain bersama kawan-kawan yang lain..
Harapan saya agar pisang tidak berbuah dua kali..Kalau dulu kita bangga mempunyai genius seperti Sufyah..Tapi kita juga kini malu dengan Sufyah yang menjual dirinya hanya semata-mata mahu menampung kos pengajiannya, yang tertekan dengan penceraian ibu bapa & perkahwinannya.. Nauzubillah....Astagfirullah...
Semoga Adi Putra terus mencipta sejarah bangsa!
ReplyDelete