testing

                                                                 Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, October 15, 2010

Cari Kerja Lain..

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (mphtj) ada bukak vacancy lg..
1) Penolong Jurutera
2) Penolong Peg.Perancang Bandar
3) Pembantu Penilaian
4) Juruteknik
5) Pembantu Am Pejabat
tapi semuanya yg aku x layak
atau dlm erti kata lain..
aku xde kelulusan dlm bidang2 yg dikehendaki..
tapi, xpelah..aku cuba gak..
aku jumpa Busu aku sbb dia lah satu2nya harapan aku..
yg boleh menolong aku dptkan salah satu jawatan ni..
selain dari pertolongan Allah swt..tentunya..
kata Busu, kalau aku dpt panggil interview pun..
aku byk kena study lagi..
xpelah..aku akan cuba yg terbaik..
sbb aku dah tak dapat bertahan lagi kerja di tempat ni...
Ya Allah..Ya Tuhanku...permudahkanlah urusan ku Ya Allah...
Ammin.....

Tuesday, September 21, 2010

"Teacher, my hobby is...."

Dulu, masa kecik2 cikgu selalu tanya..apa hobi awak?..dan aku selalu jawab, "cikgu, hobi saya membaca"..Macam good-good je jawapan aku..Ekekeke..Bukan sekarang aku dah tak minat membaca..sampi sekarang masih membaca tapi bukan novel2 cinta..aku lebih suka membaca buku2 agama..Mungkin sekarang masa dah lebih kepada kerja & berniaga, jadi aku mencari hobi yang lain pula..yang mudah, tapi tak berfaedah (itu kata suami aku..sebab pakai duit dia beli 'menatang' ni). Aku sedang mengumpul pelekat peti ais..Gambar ni aku amik dah lama dah..sekarang peti ais aku dah hampir penuh ke bawah pelekatnya..sampai suami aku perli.."lepas ni lekat keliling peti ais ye Mama..kalau tak cukup lekat kat mesin basuh pun boleh Mama"..eleh..
Aku juga suka mengumpul botol-botol kaca & pasu seramik..hobi baru ni..dalam botol tu pulak aku masukkan bintang2 kecil yang aku buat sendiri dengan menggunakan kertas2 warna...Dalam gambar ni ada 3 Teddies; 1 pemberian studentku, 1 Teddybear Jusco, & 1 lagi Mcd Teddy..ada jugak anak patung Doraemon, Ultraman, Rabbits, Mickey & Minnie..Tapi semuanya sudah aku humbankan dalam beg plastik hitam..Semenjak nenekku bising sebab aku letak anak patung sebagai hiasan..kata nenek, malaikat tak masuk rumah..aku terus tak letak lagi...Nanti dah ada baby..baru aku keluarkan semula untuk biliknya nanti.. Inilah hobi aku buat menghiburkan hati yang sunyi...Kalau sape2 ada botol2 kaca (bukan botol kicap & sos ok) yang dah tak pakai lagi, jangan dibuang yer..bagi kat saya...kalau nak jual pun, saya sanggup beli..minat punya pasal~

Rumah KAMI...Syurga KAMI...

InsyaAllah...raya tahun ini adalah yang terakhir beraya di kuarters MBMB..tahun depan kami akan beraya di rumah baru yang terletak tidak jauh dari kedai makan ayahku..ermm dan yang paling penting laluan utama ke taman perumahan kami itu dekat saja dengan rumah mak..Agak2 kalau gaduh, laki sorokkan kunci kereta, aku masih boleh jalan kaki pelan2 balik rumah mak..Alhamdulillah..Hehehehe..Walaupun setakat ini kami hanya mampu beli rumah teres sahaja, tapi aku bersyukur kerana di awal usia yang masih muda ini, suamiku mampu menyediakan kami sebuah rumah dengan hasil titik peluh berniaga. Dulu masa kami beli (masih belum ada binaan), harganya RM117k, sekarang siap jual dekat RM135k..wah, harga rumah sekarang cepat betul naik yer..ukuran 22' x 70'..dengan binaan penuh ke belakang (baguslah..aku pun bukan ada masa nak bercucuk tanam kalau ada laman belakang rumah). Sekarang kami tengah berusaha mengumpul dana..hehehe..untuk kelengkapan rumah yang merangkumi set ruang tamu, kabinet dapur, car porch, 2 set bilik lagi, lampu, kipas, aircond, dsb..(tak larat nak tulis sama macam tak larat nak cari duit)...Kesibukan kami pada kerja & bisnes membuatkan ramai yang bercakap kami..'gila dunia'..tapi mereka sebenarnya tak faham yang kami sedang berusaha mengumpul harta selagi kami terdaya & ada masa (sementara takde anak). 


Aku selalu mengimpikan sebuah rumah yang sempurna walaupun tidak mewah..dan paling aku impikan sebuah bilik untuk anak2 ku yang akan aku hiaskan sendiri..aku mahu cat sendiri..melukis kartun di dinding bilik anakku sendiri..set bilik yang comel2..dengan permainan & anak patung yang banyak..Berbeza dengan suamiku yang minat di bahagian dapur (sebab dia suka memasak..maklumlah ex-chef hotel)..Kalau gi shopping, balik2 tengok periuk, kuali, pisau..ntahapahapantah..boring betul kalau gi bahagian peralatan 'masak-memasak'..hehehe..InsyaAllah, ada umur kami..dapatlah kami lalui kehidupan indah bersama di rumah idaman kami tahun depan..Walaupun mungkin tahun depan juga bukan rezeki kami untuk menerima 'orang baru', aku redha...tapi yang pasti bilik anak tetap aku utamakan dari yang lain..Harap suamiku memahami minatku ini & aku sangat berharap orang lain tidak mengatakan aku sudah GILA..sebab belum ada anak, bilik anak dah siap....Lantaklah, rumah aku..suka hati aku lah....Hahaha...


bilik anak Ummi nanti lebih cantik dari yang ini...:)

Monday, September 20, 2010

Comelnyer budak ni....

Nur Elisha

Anak kecil berbaju kurung lengkap dengan tudung mininya...Nur Elisha..anak kedua kepada sepupuku, Abg Wan..Sama pulak kaler baju Elisha dengan makcik Intan (dah tua dah aku ni)..Kalau tahun lepas, ibunya yang mendukung sebab kecil lagi..Sekarang dah tak mahu dipegang, nak berjalan je kejenya...dah setahun dah Elisha..kesian mukanya bercalar sikit sebab dicalar abangnya, Mohd Aliff..Sempat juga aku bertanya pada ibunya, "Elisha tak rimas ke pakai tudung tu kak?"..Katanya, masa baru2 nak ajar dia pakai memang rimas, Elisha tarik2 suruh bukak, sekarang dah ok...Betul lar kata orang ye.."melentur buluh biar dari rebungnya"...Tapi Elisha terlalu kecil untuk memahami semua ini..Memang jauh di sudut hati ini..hai..cepat2lah aku dapat baby..tak sabar rasanya nak melaramkan anak dengan pakaian yang comel2...asyik tengok anak orang saje yang bergaya..Tak kisahlah Allah nak bagi kami anak lelaki ke perempuan..asalkan ada anak buat penyeri rumahtangga...buat pengikat kasih suami isteri...(ayat macam tak bahagia je sekarang..hehehe). Bukan tak bahagia..cuma nak lebih bahagia dengan kehadiran 'orang baru' dalam hidup kami..InsyaAllah..
Elisha comel & tembam

Family Gathering (mother's side)

Pada hari raya ke-3, (Ahad, 12/09/2010), Busu adakan majlis perhimpunan keluarga di rumah nenek. Seronok sangat sebab dapat berjumpa dengan sepupu2 yang jauh, makcik2 & pakcik2 saudara yang lain. Ada Pok De, Mok De, Pakcik Salleh, Makcik Eton, Maklong Khairiah & sepupu2 yang lain. Cuma, yang tak bestnya..Pok Teh & Mok Teh takde pulak..memang susah sangat nak jumpa diorang. Dulu tinggal di India kerana bekerja di sana. Sekarang dah ada di sini pun susah nak jumpa sebab balik beraya di Perlis. Maklumlahkan, dah ada rumah sendiri di sana..menantu & cucu pun di sana. Kasihan juga pada kaklong Yan yang sekarang ada kat Sudan..tak dapat dia nak 'join' kitorang gathering kat sini..hehehehe..Walau apapun, majlis ini tetap meriah. Kami solat Maghrib berjemaah. Ayahku sendiri yang meng'imam'kannya. Selepas itu, kami baca Yassin beramai2..untuk disedekahkan kepada ahli keluarga kami yang telah kembali ke rahmatullah..Setelah selesai kami pun berasak2 (chewah..ayat tak munasabah) menuju ke tempat makan..Hahaha...ada ikan bakar, udang bakar..dimakan bersama nasi lemak..cecah pulak kicap cilipadi..perghh..sedapnyer..Pak Itam lak 'sponsor' satay..Kaklong aku 'sponsor' dadih wat dessert..kemain lagi..Kitorang sepupu2 perempuan semua sibuk membelasah kat bawah balai..Kesian pada sepupu2 lelaki kena kipas ikan bakar 'especially' En. Johan (laki aku daa..), Abg Farid (laki kak Pinet), adik aku, Pian & Shapiq (anak pakcik Salleh), Anep & Arep (anak Pak Itam)..Thanks lar korang sebab tak me'rentung'kan ikan2 kami...Lepas dah kenyang sampai tak larat nak bangun, kitorang bergambar beramai2 bersama nenek kat dalam rumah (bergambar larat ler pulak..hehehe). Tapi ayahku takde dalam gambar sebab dah balik awal, adikku pun takde sebab hantar bakal tunangnya balik (kemain lagi), Arep lak dah tertido sebab letih bakar ikan..hahaha.Pak Itam & Mak Itam dah keletihan..diorang pun tak dapat nak bergambar sama...So, ini ajelah yang dapat bergambar bersama2 untuk dijadikan kenangan paling manis di Aidilfitri kali ini..harap2 next raya for next gathering..Busu wat lagi 'grand' & semua kena datang....InsyaAllah...Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin....
 Anep, Arep, adikku & Ammin sedang memerhatikan ikan agar tidak rentung...hehehehe
cicit2 Hajah Che' Tah & sepupu paling kecik, Adam Nur Iman ber'posing' 
di tangga depan rumah nenek
gambar anak2 lelaki, cucu2 lelaki & cicit2 lelaki Hajah Che' Tah sahaja 
 makan tak toleh kiri kanan....