testing

                                                                 Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 21, 2010

Rumah KAMI...Syurga KAMI...

InsyaAllah...raya tahun ini adalah yang terakhir beraya di kuarters MBMB..tahun depan kami akan beraya di rumah baru yang terletak tidak jauh dari kedai makan ayahku..ermm dan yang paling penting laluan utama ke taman perumahan kami itu dekat saja dengan rumah mak..Agak2 kalau gaduh, laki sorokkan kunci kereta, aku masih boleh jalan kaki pelan2 balik rumah mak..Alhamdulillah..Hehehehe..Walaupun setakat ini kami hanya mampu beli rumah teres sahaja, tapi aku bersyukur kerana di awal usia yang masih muda ini, suamiku mampu menyediakan kami sebuah rumah dengan hasil titik peluh berniaga. Dulu masa kami beli (masih belum ada binaan), harganya RM117k, sekarang siap jual dekat RM135k..wah, harga rumah sekarang cepat betul naik yer..ukuran 22' x 70'..dengan binaan penuh ke belakang (baguslah..aku pun bukan ada masa nak bercucuk tanam kalau ada laman belakang rumah). Sekarang kami tengah berusaha mengumpul dana..hehehe..untuk kelengkapan rumah yang merangkumi set ruang tamu, kabinet dapur, car porch, 2 set bilik lagi, lampu, kipas, aircond, dsb..(tak larat nak tulis sama macam tak larat nak cari duit)...Kesibukan kami pada kerja & bisnes membuatkan ramai yang bercakap kami..'gila dunia'..tapi mereka sebenarnya tak faham yang kami sedang berusaha mengumpul harta selagi kami terdaya & ada masa (sementara takde anak). 


Aku selalu mengimpikan sebuah rumah yang sempurna walaupun tidak mewah..dan paling aku impikan sebuah bilik untuk anak2 ku yang akan aku hiaskan sendiri..aku mahu cat sendiri..melukis kartun di dinding bilik anakku sendiri..set bilik yang comel2..dengan permainan & anak patung yang banyak..Berbeza dengan suamiku yang minat di bahagian dapur (sebab dia suka memasak..maklumlah ex-chef hotel)..Kalau gi shopping, balik2 tengok periuk, kuali, pisau..ntahapahapantah..boring betul kalau gi bahagian peralatan 'masak-memasak'..hehehe..InsyaAllah, ada umur kami..dapatlah kami lalui kehidupan indah bersama di rumah idaman kami tahun depan..Walaupun mungkin tahun depan juga bukan rezeki kami untuk menerima 'orang baru', aku redha...tapi yang pasti bilik anak tetap aku utamakan dari yang lain..Harap suamiku memahami minatku ini & aku sangat berharap orang lain tidak mengatakan aku sudah GILA..sebab belum ada anak, bilik anak dah siap....Lantaklah, rumah aku..suka hati aku lah....Hahaha...


bilik anak Ummi nanti lebih cantik dari yang ini...:)

No comments:

Post a Comment