testing

                                                                 Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, September 20, 2010

Family Gathering (mother's side)

Pada hari raya ke-3, (Ahad, 12/09/2010), Busu adakan majlis perhimpunan keluarga di rumah nenek. Seronok sangat sebab dapat berjumpa dengan sepupu2 yang jauh, makcik2 & pakcik2 saudara yang lain. Ada Pok De, Mok De, Pakcik Salleh, Makcik Eton, Maklong Khairiah & sepupu2 yang lain. Cuma, yang tak bestnya..Pok Teh & Mok Teh takde pulak..memang susah sangat nak jumpa diorang. Dulu tinggal di India kerana bekerja di sana. Sekarang dah ada di sini pun susah nak jumpa sebab balik beraya di Perlis. Maklumlahkan, dah ada rumah sendiri di sana..menantu & cucu pun di sana. Kasihan juga pada kaklong Yan yang sekarang ada kat Sudan..tak dapat dia nak 'join' kitorang gathering kat sini..hehehehe..Walau apapun, majlis ini tetap meriah. Kami solat Maghrib berjemaah. Ayahku sendiri yang meng'imam'kannya. Selepas itu, kami baca Yassin beramai2..untuk disedekahkan kepada ahli keluarga kami yang telah kembali ke rahmatullah..Setelah selesai kami pun berasak2 (chewah..ayat tak munasabah) menuju ke tempat makan..Hahaha...ada ikan bakar, udang bakar..dimakan bersama nasi lemak..cecah pulak kicap cilipadi..perghh..sedapnyer..Pak Itam lak 'sponsor' satay..Kaklong aku 'sponsor' dadih wat dessert..kemain lagi..Kitorang sepupu2 perempuan semua sibuk membelasah kat bawah balai..Kesian pada sepupu2 lelaki kena kipas ikan bakar 'especially' En. Johan (laki aku daa..), Abg Farid (laki kak Pinet), adik aku, Pian & Shapiq (anak pakcik Salleh), Anep & Arep (anak Pak Itam)..Thanks lar korang sebab tak me'rentung'kan ikan2 kami...Lepas dah kenyang sampai tak larat nak bangun, kitorang bergambar beramai2 bersama nenek kat dalam rumah (bergambar larat ler pulak..hehehe). Tapi ayahku takde dalam gambar sebab dah balik awal, adikku pun takde sebab hantar bakal tunangnya balik (kemain lagi), Arep lak dah tertido sebab letih bakar ikan..hahaha.Pak Itam & Mak Itam dah keletihan..diorang pun tak dapat nak bergambar sama...So, ini ajelah yang dapat bergambar bersama2 untuk dijadikan kenangan paling manis di Aidilfitri kali ini..harap2 next raya for next gathering..Busu wat lagi 'grand' & semua kena datang....InsyaAllah...Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin....
 Anep, Arep, adikku & Ammin sedang memerhatikan ikan agar tidak rentung...hehehehe
cicit2 Hajah Che' Tah & sepupu paling kecik, Adam Nur Iman ber'posing' 
di tangga depan rumah nenek
gambar anak2 lelaki, cucu2 lelaki & cicit2 lelaki Hajah Che' Tah sahaja 
 makan tak toleh kiri kanan....

3 comments:

  1. kudut ada terselit dekat2 ngan aku..tudung hitam..:p

    kaklong yan, mmg kena jadikan aktiviti wajib setiap tahun ni..

    ReplyDelete