testing

                                                                 Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 5, 2012

Kehilangan....

aku mencarimu di serata dunia
aku mencarimu di segenap apa pun
aku mencarimu sehabis dayaku
aku mencarimu sepenuh kegigihanku.....

aku tidak bertemu apa petunjuk pun
aku tidak berjumpa sesiapapun yang hampir denganmu
aku tidak tahu mana lagi harus ku tuju
aku hilang punca dan arahku....

katakan padaku apa harus ku lakukan
jeritlah padaku apa yang kau mahu dariku
laungkanlah segala kekusutan hatimu
agar hatiku bisa tenang setenang kau melepaskan aku......

aku kira kau sedang bahagia....
tapi kau pula menyangka aku sebenarnya yang sengsara
jikalau pun aku sedang merana adakah kerana kau sedang di sana
tetaplah setia dengan takdir Yang Esa....
usahlah lagi kau terus mendera.........

sehingga kau pergi tinggalkan aku sendiri....
aku masih terasa berkecil hati..........
sememangnya kau yang tak mengerti
mengapa aku pula yang kau cari lagi!

jika kau merasa KEHILANGAN.....
aku ini...lebihlah lagi..........

Impian Yang Tergantung.........

Bila bercakap mengenai cahaya mata..........siapa yang tidak pernah mengimpikan untuk mempunyai anak....zuriat sendiri.......pasti semua orang menginginkannya..tidak kira sama ada lelaki atau perempuan........Tapi tahukah anda semua tentang perasaan seorang isteri yang sudah sekian lama menanti kehadiran cahaya mata dan masih ternanti-nanti sehingga kini..........sehingga penantian yang selalu berakhir dengan kekecewaan itu mengubah dirinya daripada seorang yang periang menjadi seorang yang murung...seorang yang selalu mengasingkan diri dalam dunia khayalannya sendiri....dia merasakan hidupnya sepi walau berada di tengah-tengah riuh-rendah suara manusia...di tengah-tengah hiruk-pikuk dunia di sekelilingnya........

Dia selalu merasakan dunia ini tidak adil buatnya...dia selalu merasakan tidak ada seorang manusia pun yang memahami hatinya.......dia selalu berkata dalam hatinya, "alangkah baiknya aku menjadi seekor burung yang bisa terbang ke mana sahaja aku pergi...seekor burung yang tetap berkicau di pagi hari..seekor burung yang tidak pernah merasa kecewa dengan hidupnya...ia tetap terbang mencari makanan...tidak pernah membiarkan dirinya jatuh terhumban ke bumi bilamana pulang tidak membawa makanan untuk anak-anaknya"...kasihan sungguh pada seorang isteri yang terus mendera hati dan batinnya sehingga kini...........


Ketika rakan-rakan yang lain sibuk membeli pakaian untuk anak-anak kecil mereka, dia duduk jauh dari mereka....memberi alasan untuk ke tandas, atas tujuan yang tidak diketahui sesiapapun....alasan untuk menangis semata-mata di dalam tandas agar tidak terlihat oleh rakan-rakannya....Saban hari hatinya makin rapuh serapuh kesabaran dan pengharapannya pada Yang Maha Esa..........


Kemurungan yang dihadapi isteri itu memaksa Doktor memberinya ubat penenang....apalah sangat ubat penenang itu....itu hanya tenang sementara...bukan ketenangan yang diberi Tuhan..........Kemurungan itu juga telah membuatkan suami merasa bosan dengan isterinya itu............sehingga pada satu hari terjadi satu perselisihan....

Bertanya suami kepada isteri yang dikasihinya itu, "Mengapa dikau selalu termenung kesedihan wahai isteriku?". Jawab isterinya, "kerana aku masih menanti impianku yang tergantung..." Sedikit kemarahan terdengar pada nada suara suami lagi, "Mengapa dari dulu hanya itu yang ku dengar dari bibirmu, isteriku! Bukankah aku telah melemparkan kepadamu segala kemewahan, sehingga rumah impianmu juga telah aku sediakan. Apa lagi yang kau mahu? Kau selalu berada dalam dunia khayalanmu..Kau sanggup tidur di bilik yang tidak berpenghuni itu..Kau ketawa dan bercakap sendirian dengan patung-patung comel di bilik itu..apakah kau mahu aku turut gila bersama mu!"....

Dengan sebak, isterinya menjawab..."Masih pantaskah aku menjawab segala pertanyaanmu itu sedangkan sudah aku tahu...kau tidak memahami hati dan perasaanku.....walau sedikitpun......" 


Isteri itu berlalu pergi dengan tangisan berderai di pipinya....hatinya hancur....namun masih tetap mengagahkan diri menyiapkan hidangan makan malam..........isteri yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya..........isteri yang tetap setia dalam sengsara hatinya........

Dia selalu berharap agar impiannya yang tergantung itu akan dicapai oleh apa pun......oleh sesiapapun....


Friday, January 14, 2011

Comelnya anak2 kecil.......

Tak tahulah sekarang ni kenapa aku suka sangat dengan anak2 kecil.....tak kisahla waktu tu aku tengah memandu ke..tengah berjalan dengan suami ke..tengah shopping ke...bila ternampak je baby atau budak2 kecil ni, mesti rasa geram sangat...dah tak rasa sedih macam dulu....
Kalau dulu, mesti macam sakit hati je tengok baby..tengok perempuan mengandung pun aku benci sangat....tak leh pandang langsung..sekarang perasaan tu dah takde lagi...adakah aku sekarang pregnant? "tut"....hehehe....
Rasa gembira dan tenang pandang wajah anak2 kecil ini...
InsyaAlllah...semoga Allah swt kurniakan kepada kami anak2 yang soleh dan solehah..
Hanya anak2 yang soleh dan solehah sahaja yang dapat mendoakan kami...
Mungkin rezeki kami belum sampai lagi kan...cuma cepat dengan lambat je...
Harap2 bila ada anak nanti, aku bukan seorang ibu yang terlalu sibuk dengan kerja & bisnes..
Aku harap sangat aku dapat jadi ibu yang terbaik...yang mengasihimu..anakku..
Aku tak suka bila tengok ada mak ayah yang marah anak2nya depan orang ramai..
yang mencubit mereka..yang menengking mereka...
mereka tu kan kecil lagi..apa yang mereka faham...
tapi itu kata aku yang belum ada anak..
Tapi aku harap sangat aku bukan ibu seperti itu..anakku...
Aku tak suka bila tengok mak ayah yang dukung anaknya ke pasar malam..
yang membawa anaknya naik motosikal...
yang membawa beg pakaian dan anaknya menaiki bas..
tidak kasihankah mereka pada anak itu...
bahaya naik motosikal..tapi apakan daya jika itu sahaja kemampuan mereka..
tak elok keluar malam..tapi apakan daya jika tiada sesiapa yang boleh menjaga anak itu di rumah...
tak panaskah anak itu di dalam bas..berhimpit2 dengan orang ramai...
tapi apakan daya jika kemiskinan itu takdir hidup mereka..
Tapi aku harap aku mampu menyediakan kemudahan, kesenangan,
keselesaan dan kemewahan kepadamu anakku...
tapi jika satu hari nanti ibu dan ayahmu ini jatuh miskin...kesusahan hingga terpaksa meminta2..
mampukah dirimu anakku membantu ibu? ayah?
mampukah dirimu mempertahankan maruah ibu ayah daripada kata2 hina manusia?
mampukah dirimu anakku menerima kesusahan ini dalam kamus hidupmu?
dan paling aku takut.....
mampukah dirimu anakku menjaga ibu dan ayahmu ini seperti kami menjaga & mengasihimu dulu?
betapa takutnya aku menghadapi kemungkinan ini........



Purdah...Niatku Terhalang....


Sabtu lepas, aku memberanikan diri memakai purdah buat pertama kalinya ketika keluar rumah. Waktu itu aku keluar untuk membantu keluargaku mengendalikan katering sebuah majlis perkahwinan. Semasa tiba di rumah mak, semua agak terkejut dengan pemakaian aku yang tidak seperti biasa. Tapi abah dan mak tenang saja dan tersenyum. Malah ibuku dengan pantas berkata padaku, "Mak ada beli purdah 3 lapis masa kat Mekah dulu, amikla". Cuma hatiku begitu kecewa dengan sedih dengan kata2 kakakku yang seakan mengejek aku dengan purdah ini..."Ish apa ni..dah macam kena H1N1 je..nampak mata"..lebih menyedihkan dia menyindir aku.."Jangan dekat dengan cik Tan..dia hantu..". Aku tidak marah dengan kenyataan itu kerana mungkin dia jahil..dia tidak tahu apa2 mengenai purdah ini...tidak mengapalah. Aku gagahkan diri memakai purdah ini ke majlis katering itu..Alhamdulillah, orang ramai seperti biasa sahaja...dan tidak sesekali mengejek atau takut mendekati aku....aku rasa sesuatu yang lain kerana dapat melakukan kerja2 di situ dengan lancar sekali...tidak panas...tidak berpeluh langsung waktu itu walaupun sangkaan aku pada mulanya (sebelum memakai purdah) mungkin akan rimas dan berpeluh teruk bila memakai purdah..Allah swt permudahkan niatku....alhamdulillah...

Mungkin status aku sebagai isteri belum mengizinkan aku untuk berbuat apa sahaja walaupun yang ingin aku lakukan itu untuk kebaikan suami dan rumahtangga. Aku sangkakan suamiku akan membenarkan aku memakai purdah untuk selamanya..tapi tidak sama sekali..Mungkin pada awalnya dia membenarkan kerana menyangka aku memakai purdah pada tempat2 tertentu. Malah kini dia langsung tidak membenarkan aku memakainya kerana katanya dia belum bersedia untuk berubah. Agak pelik kerana aku tidak minta dia yang berubah, sebaliknya aku yang ingin berubah kerana banyak faktor, yang tidak dapat aku nyatakan di sini. Lebih mengecilkan hati ini bila terjadi pertengkaran kecil antara kami.."kalau nak pakai macam ni, jangan pilih saya..baik awak kahwin dengan ustaz sahaja..ini dah melampau"....kepada siapa harus aku adukan kesedihan ini kalau bukan pada Allah yang satu....
 Adakah benar aku perlu berkahwin dengan ustaz atau mufti sekalipun jika aku ingin berpurdah? Adakah benar tindakan aku berpurdah ini melampau..di luar batasan agama Islam? Aku tidak pandai berhujah, tapi aku tahu apa yang aku lakukan itu baik..tidak salah..Tambahnya lagi, "macam mana dengan saya kalau awak berpurdah? saya ni aktif main bowling, main badminton, nanti kawan2 cakap apa...isteri berpurdah, suami bersosial....biarlah seimbang". Tak mengapalah kalau niat baik ini dihalang hanya kerana status aku sebagai isteri bukan sebagai ketua keluarga yang segala keputusan di tangannya....semoga satu hari nanti aku dapat tunaikan hajat hati ini sebelum menutup mata mengadapMU Ya Allah....
Bukan kerana aku lemah..bukan kerana aku takut...Aku tidak berdaya melakukannya tanpa sokongan dan keizinan dari suami..harap wanita yang berpurdah di luar sana, tidak menyalahkan aku....harap sangat mereka memahami keadaanku ini...Kakak dan abang iparku sempat melemparkan kata2 yang agak pedih untuk aku dengar sepanjang hidup aku..bukan sekali dua ini sahaja..sudah acap kali tindakan aku diperlekehkan..."alah..nak buat baik tak payah purdah..yang penting niat kau tu..tujuan kau tu...kalau kau cakap nak tutup pintu fitnah....fitnah apa nya?"...Sehingga kini........aku tidak lagi memakai purdah....sehingga kini....aku tidak menjawab setiap tentangan itu..kerana bagi aku...apa gunanya aku bertelingkah dengan manusia yang sememangnya tidak pernah adil dalam menghukum manusia lain............Ku luahkan segalanya padaMU Ya Allah..yang hanya Kau memahami bahasa hati yang tidak bisa didengari manusia lagi saat ini....yang tidak lagi mengerti walau yang ku harap itu adalah yang dekat di hati..rupanya kini jauh lagi....

Thursday, December 30, 2010

Tenang saja....

Dulu masa Form 1, dapat kelas aliran Arab..aku tak mahu..seminggu aje duduk di sekolah tu..terus minta abah tukarkan ke sekolah yang sama ayahku mengajar..sekarang jadi suka dengan cara orang Arab berpakaian..berpurdah....terbuka hati untuk belajar Bahasa Arab..Bahasa Al-Quran..supaya apa yang dilafazkan dalam solat lebih difahami..dihayati..seperti orang Arab yang menangis bila membaca ayat2 Quran yang menyebut tentang azab kubur, neraka, orang kafir..dll....hebat mereka bukan?...
Masa kan boleh diukur tahap keimanan dengan menangis...tentu sahaja tidak..tapi bagi aku pelajari & fahami Bahasa Arab adalah satu kelebihan....sekarang jadi menyesal pula kerana menolak peluang belajar Arab dulu....Mujurlah sekarang abang sepupuku yang fasih berbahasa Arab sudi mengajarkannya kepada ku..Alhamdulillah...Walaupun hanya dapat belajar melalui kiriman mesej di Facebook..kerana dia mengajar di sekolah di Johor...tapi bersyukurlah..bukankah itu lebih baik dari tidak ada langsung usaha mempelajarinya....
Bercakap mengenai abang sepupuku...aku cukup bangga punya saudara seperti dia..Dia fasih segalanya...dulu akademiknya cukup cemerlang...dulu main muziknya cukup bagus...dulu main basikalnya cukup lincah...tapi sekarang walaupun dia sudah jauh berubah dari dulu...dia tetap abang sepupuku yang lain daripada yang lain..kerana dalam setiap corak hidupku..aku banyak berbalik melihat dirinya walaupun dia sebenarnya tidak tahu..(kalau dia baca blog ni, dia dah tahu lah..hehehe)...walaupun aku tidak serapat dengannya....tidak berbicara panjang setiap hari dengannya...tapi dia pendorong ke arah melakukan kebaikan...
Dulu aku tidak tahu siapa yang patut aku contohi...ada manusia yang cemerlang akademik..bagus kerjayanya..tapi kurang penghayatan agama...aku tidak mahu seperti itu..kerana aku pernah melalui zaman itu..dan aku rasa tidak ada sedikitpun yang dapat menyepikan aku dari kesedihan dan kekosongan...
Sekarang aku tetap sepi juga dalam hiruk pikuk duniaku...tapi bukan sepi yang kosong...sepi yang mendamaikan jiwa....aku tidak perlu mencari contoh yang terlalu jauh..terlalu tinggi..untuk aku mencontohi...cukuplah dia yang paling dekat dengan kami....kalau aku tidak mampu menjadi manusia setaat dia..sekurang2nya aku mampu melontar bicara setenang bicaranya........

RAPUH - OPICK

dah lama x menangis sebab 'ini'.......

Aku seorang yang sensitif...disebabkan itu aku selalu menangis walaupun disebabkan hal yang remeh-temeh...tengok wayang cerita kartun pun aku boleh menangis..inikan pula kalau drama ke..cerekarama ke yang sedih2...yang disiarkan di TV..pasti lebih teruk aku menangis..pernah sampai bengkak2 mata..esoknya tak pergi kerja...hehehe...sekarang dah kurang menangis sebab TV kat rumah dah rosak...TV cap ayam je...suami tak nak beli TV yang baru...lagipun tahun depan dah nak pindah rumah sendiri..dan kami jarang ada masa menonton TV..sebab sibuk keje dan berniaga...
dalam kereta, aku selalu pasang cd OPICK...lagu2nya bersifat ketuhanan..aku suka kerana itu sahaja penghibur hati aku...walaupun sebenarnya aku bukan berhibur, aku menghayati setiap baris liriknya yang puitis...sehingga bisa buat aku menitiskan airmata akhirnya.."meski ku rapuh dalam langkah...kadang tak setia kepadaMu...namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMU"
Dulu pernah sekali..seingat aku bulan 1, 2010...aku menangis bila datang bulan (period)...waktu itu aku rasa seperti seisi dunia ini menghampakan harapan aku yang menggunung tinggi....aku terasa seperti Allah swt tidak kasihkan aku....tidak nampak usaha aku..tidak mendengar rintihan aku...Astagfirullah....ampuni hambaMU yang lemah ini Ya Allah..sesungguhnya Engkau menguji..kerana Engkau Maha Mengasihi & Mengasihani....
Sebenarnya aku menangis waktu itu kerana 'period' ku sudah 2 minggu lewat...dalam hati berbunga2...aku rasa mungkin aku dah pregnant....dah siap merancang2 nak pakai baju pregnant yang macam mana....begitu teruk sekali emosi aku..mental aku...seperti orang gila......
Dan buat kali kedua, aku menangis lagi semalam.....tapi pastinya tangisan kali ini bukan kerana aku tidak meredhai segalanya...aku menangis kerana aku berterima kasih kepada Allah swt..rupa2nya Allah swt masih sayangkan aku...Dia menguji aku lagi...Alhamdulillah....
"Ya Allah..jangan KAU coba aku..melebihi batas mampu dan sanggupku..Ya Allah, bila memang KAU coba..aku pun percaya KAU sayang padaku..."
Pantas kah aku rasa kecewa untuk sebab yang kecil...sedangkan nikmat yang besar..yakni rezeki yang melimpah-ruah Allah berikan..itulah yang patut aku risaukan...sama ada aku mampu menjadi hambaMU yang bersyukur atau hambaMU yang kufur....
"maafkanlah bila hati tak sempurna menyintaiMU..dalam dada..ku harap hanya diriMU yang bertakhta"