testing

                                                                 Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, August 26, 2010

Duhai hati..jangan bersedih...

Kesunyian yang menghimpit
Di segenap lorong hatiku yang sepi
Tangisan bersedu sendirian
Bisakah ku laungkan kekecewaan
Pada mata yang ku harapkan keikhlasan..
Ku harap kesedihan ini awal kebahagiaan
Gejolak hati yang tidak dapat ku tahan
Kapan tangisan 'anak kecil' menjenguk dunia ibumu ini akan kedengaran
Laluan yang kian cerah tapi masih berbayang kelam
Yang hanya bisa lenyap dengan keyakinan
Memanjat kesyukuran atas kurniaan...
Ya Tuhan..gantikan kepedihan ini dengan kesenangan yang sulit bagi kebanyakan
Ya Tuhan..Kau usir gundah ini dari jiwa2 kami
Hapuskan perasaan jahat ini
Ku sandarkan segala pengharapan padaMu Tuhan...
Hanya Kau Yang Maha Mendengar rintihan
Di setiap dinihari ku tadahkan tangan
Kala imanku menggegar menggoncang sendi
Dengan getar dan debar..
Ku hempaskan setiap rasa yang mendera
Cukuplah Tuhan sebagai pelindung dan pengharapan....
erlahin@blogspot.com

Tidak akan ku biarkan pudar........

Suamiku tersayang, 
Pantas benar masa berlalu..sudah 2 tahun kita hidup sebagai suami isteri. Ingin ku kenang semula detik-detik indah saat kita diijabkabulkan malah ingin saja ku kenang setiap bahagian wajahmu yang tenang. Setiap kali ku kenang kembali tatkala duduk berseorangan di kamar, airmata ku menitis laju. Betapa menggunung kesalahanku padamu, betapa banyak kelalaian ku menunaikan tanggungjawabku sebagai isterimu. Maafkan aku, isterimu yang daif dan khilaf ini...

Suamiku tersayang,
Masih ku ingat lagi di awal pernikahan kita, pantas saja aku bangun awal pagi menyiapkan sarapan buatmu sebelum ke tempat kerja. Masih sempat ku memasak walaupun hanya 'nasi goreng bodoh' untukmu. Pakaianmu tidak pernah kubiarkan tidak bergosok. Membasuh baju, mencuci pinggan, mengemas rumah, menggosok baju...semuanya begitu tersusun aku aturkan kelengkapanmu.

Suamiku tersayang,
Lama kelamaan, aku semakin lalai dan seolah-olah malas untuk melakukan 'kerja-kerja' itu lagi sehinggakan melayani & membelai mu juga tidak betah aku lakukan. Adakalanya aku merungut & merengus sendirian, "ah, penat betul lah buat kerja rumah ni..". Kalau dulu paling tidak pun ada secawan kopi, kini tidak lagi..Meskipun begitu, kau betah bangun sendirian tanpa membangkitkan 'tidurku', kau betah mengambil sendiri pakaianmu di ampaian & memakainya walaupun tidak bergosok seperti dulu lagi, kau betah mencium pipiku sebelum ke tempat kerja sedangkan dulu akulah yang bersalaman denganmu, kau betah pergi membeli barang keperluan sendirian padahal dulu akulah yang meneman, kau betah memasak 'spagetti' kerana terlalu lapar sedangkan dulu akulah yang menyediakan makanan....Sayang, kau betah lakukan segalanya tanpa sedikit pun kau mengeluh & mengadu tentang kelalaianku itu.. 

Suamiku tersayang,
Tidak akan ku biarkan kasih kita pudar ditelan masa yang pantas. Akan aku hargai setiap detik bersamamu. Tidak akan aku ulangi lagi kesilapan yang sama. Kini aku perbaiki diriku kembali, menjadi isteri yang kau kenal dahulu. Masih ku simpan sekuntum bunga ros yang kau berikan dulu sewaktu melamarku..masih ku sembunyikan surat cintamu yang pertama buatku ketika kita bertengkar semasa masih di alam pertunangan..Masih ku selak lagi setiap helaian album perkahwinan kita setiap kali aku merajuk sendirian...Kau tega berkata aku seperti keanak-anakan yang selalu ingin dimanja & dipujuk, yang selalu saja menangis meskipun ketika menonton drama sedih. Katalah apa sahaja kerana aku butuhkan teguran, nasihat & semangat dari seorang suami agar aku tidak terlalai lagi..

Suami tersayang,
Meskipun sekarang aku butuh waktu-waktu bersamamu..namun desakan hidup menghalangi segala yang aku rencana. Kau bersengkang mata menambah pendapatan keluarga sehingga ibumu mencerca, "cari duit macam nak tanggung 10 orang anak!". Tidak mengapa jika kau tidak punya masa untuk duduk makan semeja denganku, menemani ku bertarawih di surau, menonton tv bersama, bercerita mengenai rutin harian sambil berbaring sebelum kita sama2 melelapkan mata...tidak mengapa sayang...Aku betah makan sendirian, aku betah bersolat sendirian, aku betah nonton tv & menangis dengan drama sedih sendirian, aku betah baring sendirian, aku betah berbicara sendirian bersama 'cik meow' & teddy bear2 sendirian, aku betah segalanya sendirian kerana kau juga betah sendirian di saat aku kelalain dulu..Kini aku sendirian bukan kerana kau kelalaian, tapi kerana ingin berikan ku kesempurnaan..

Suami tersayang,
Semestinya kau tidak pernah lalai dengan tanggungjawabmu..sebagai anak lelaki, sebagai suami, meskipun sehingga tanggungjawab sebagai menantu juga kau turutkan. Aku bangga denganmu sayang....akanku pertahankan kasih kita hingga hujung nyawa.... :)  

Wednesday, August 25, 2010

Akhirnya.....dapat berbuka dengan suami....

Dah masuk 14 Ramadhan, tapi inilah kali pertama dapat berbuka puasa bersama suami di rumah sendiri. Sebelum ini berbuka di rumah mak bersama yang lain. Tak pernah dapat berbuka bersama suami sebab suami berniaga di Bazar Ramadhan. Takpelah..dah biasa macam ni. Jadi bila ada peluang, memang nak masak sendiri. Suami bawa pergi beli barang dapur di Mydin, Mitc. Tengoklah....bila aku cakap je nak masak, terus bawa pergi beli barang. Hehehehe...Seawal jam 4.30 ptg, aku dah buat persiapan. Maklumlah..orang tak pandai memasak. Kalau memasak, memang lembap sangat..terkial2..tu yang kena 'start' awal2. Lebih kurang pukul 7 malam, baru siap memasak. Alah masak ala kadar je...'Sambal Sotong, Kailan Ikan Masin, Sotong Goreng Tepung, Ayam Goreng Berempah, Ikan Cencaru Bakar'..Orang yang nak makan 2 orang saje, tapi lauknya mak aihh...Aku jarang memasak, tapi bila nak masak kena tanya suami dulu nak makan apa. Suami suka makan sotong, tu yang sampai ada 2 menu sotong. Aku nak minum air longan, tapi tak dapat. Suami kata laici aje yang ada di kedai Apek depan tu. Takpelah Papa....Mama tengok Papa makan sampai habis pun dah cukup menggembirakan hati seorang isteri....

Thursday, August 19, 2010

Belajar memasak dari resepi...

Kasihan betul ya dengan Encik Johan (suami aku lar). Dapat isteri pun tak tahu memasak..hehehe. Dulu ingatkan dah belajar tinggi2, tak payah menjenguk dapur..tak payah memasak..kalau boleh tak payah ada dapur kat rumah (eh melampau ler pulak). Ingat lagi masa dulu (masa masih belajar lagi), emak selalu bising sebab aku ni susah betul nak ringankan tangan tolong mak memasak. Terngiang2 sindiran emakku yang agak pedas.."Sapelah yang jadik laki kau Intan oi..makan kedai hari2 ler jawabnya". Memang betul lah cakap mak. Memang aku makan kat kedai pun. Dah aku tolong abah berniaga kat kedai makan. Siang aku kerja, malam memang hari2 makan di kedai. Hahahaha. Sekarang dah kahwin dan dah menjangkau 2 tahun usia perkahwinan, baru terasa menyesal. Nak tak nak, dalam seminggu memang kena memasak di rumah. Habis tunggang langgang dapur dibuatnya. Lauk pertama yang aku masak selepas berkahwin adalah...Telur Masak Kicap (sangat masin), telur dadar (rentung sebelah), ayam goreng (mentah di dalam, hitam di luar) & cencaluk (alah dah siap jual dalam botol) yang aku modified letak cilipadi siket.
Ntahapahapantah yang aku masak tu ye..Tapi yang aku pelik, suamiku tidak pernah merungut atau mengadu masakan aku tidak sedap langsung, bahkan sampi bertambah2 dia makan dan sekarang suami makin 'sihat'. Padahal kalau suamiku nak jadi pengkritik tetap masakan aku pun boleh sebab dia seorang bekas 'Sushi Chef' di Kampachi, Hotel Equatorial, KL dulu sebelum kami berkahwin. Dia lagi pandai memasak dari aku...campak2 je pun dah jadi lauk. Pernah juga aku bertanya pada suamiku, "Papa, sedapke Mama masak? Habis je Papa makan, tak pernah tak habis". Suamiku menjawab sambil mengusap lembut rambutku (ayat tak tahan), "Mama masak apa pun Papa makan Ma, janji air tangan isteri Papa". Bersyukur dapat suami yang tak banyak karenah. Sekarang aku dah pakar masak Ayam Masak Lemak Cili Api sebab ia lauk kegemaran suamiku. Walaupun tak sehebat dan sepakar emakku dalam bidang masakan, insyaAllah aku ingin menjadi 'chef' di hati suamiku. Aku belajar dari resepi di internet sekarang sebab malu nak tanya mak..sebab nanti mak sindir lagi..Hahahahaha..Padan la muka aku.......

Rezeki tidak disangka..........

BUKIT MERTAJAM: Bagaikan bermusim. Kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi dengan kejadian terbaru membabitkan seorang bayi perempuan ditemui berbalut kain lampin atas meja di depan sebuah rumah dekat Bukit Minyak, di sini, Ahad lalu.  
Bayi berkenaan ditemui seorang pekerja kilang berusia 30-an sebaik pulang dari masjid selepas menunaikan solat Tarawih kira-kira jam 11 malam.
Secara kebetulan lelaki terbabit tidak mempunyai anak selepas berkahwin sejak 10 tahun lalu dan mengambil keputusan menjaga bayi berkenaan untuk dijadikan anak angkat.
Bagaimanapun, rakannya menasihatkan agar dia menyerahkan bayi itu kepada polis untuk siasatan lanjut. Berikutan itu, lelaki terbabit tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah (IPDSPT), Bandar Perda di sini, untuk membuat laporan semalam. Ketua Polis SPT, Asisten Komisioner Azman Abd Lah, berkata bayi perempuan berkenaan seberat 1.4 kilogram dengan ketinggian 43 sentimeter dan berkulit sawa matang. Beliau berkata, bayi itu dalam keadaan sihat tetapi keturunannya belum dipastikan dan dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk pemeriksaan lanjut. “Bayi ini ditemui dua hari lalu dan pengadu berhasrat menjadikannya sebagai anak angkat. “Namun atas nasihat rakan, pengadu tampil ke IPD pagi tadi (semalam) untuk membuat laporan kerana perlu mengikut prosedur jika mahu mengambil anak angkat,” katanya.

Terharu aku membaca berita ini di Harian Metro (18/08/2010)...Apalah dosa bayi ini dibuang oleh ibu sendiri..Adakalanya aku terfikir, "Tidak sakitkah sewaktu melahirkan sehingga dengan begitu mudah kamu membuang zuriat kamu sendiri?"..Bagi aku yang sudah 2 tahun menanti kehadiran 'permata hati' begitu sensitif dengan isu ini..Namun aku tetap yakin dengan janji Allah swt kepada setiap hambaNya yang bersabar & bertakwa..Sepertimana lelaki yang menjumpai bayi ini, sungguh Allah swt telah menjanjikan berita gembira buat dirinya setelah 10 tahun berkahwin tanpa zuriat. Semoga hajat lelaki ini untuk mengambil bayi tersebut sebagai anak angkat akan dimakbulkan Tuhan....ammin Ya Rabb...

At-Talaq [2] ……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
At-Talaq [3] Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

powered by lirik lagu indonesia

Thursday, August 12, 2010

Musibah diganti dengan yang lebih baik.....Alhamdulillah

Huh..dah lama betul tak update blog..dh hampir 3 bulan sampaikan kakak sepupu ku bertanya "kenapa Intan dah lama tak update blog?" Hehehe....bukan tak nak update, tapi takde cerita best yang nak dikongsikan bersama. Sejak akhir-akhir ini, musibah datang bertimpa-timpa. Hebat juga dugaan yang aku terima baru-baru ini. Malah apa yang lebih menyedihkan, musibah yang menimpa aku dan suami berlaku sehari sebelum kami menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-2. Pada 31 Julai 2010, sewaktu kami bersiap-siap untuk menghadiri kenduri di surau Kg. Pendamar, suami ku tiba-tiba sahaja bertanya, "Mama, mana laptop kita? Mama simpan ke?". Aku dengan tercengang dan melopong menjawab, "Eh, mana ada Ma simpan. Ma ingatkan Papa dah simpan". Berderau darah kami...Kelam-kabut mencari 1 rumah. Sahlah memang sudah dicuri. Tapi kami tak perasan langsung sebab tiada kesan pecah masuk rumah. Terus ke Balai Polis Kandang membuat report. Hajat untuk ke surau tetap aku teruskan walaupun hati sudah tidak keruan. Sampai sahaja di surau, aku terus mendapatkan ibuku. Aku berbisik ke telinganya dengan deraian airmata, "Mak, laptop oghang hilang, kena curi". Hati seorang ibu yang sentiasa memahami anaknya. Ibuku yang sedang mendengar ceramah terus membuka telekung dan mengikutku pulang ke rumah. Di rumah, ibuku sempat bertanya "Kau ada duit tak nak beli laptop yang baru. Kalau takde, mak ada. Mak leh keluarkan duit tabung haji". Airmata hampir menitis sekali lagi. Tak tergamak aku nak menyusahkan ibuku lagi. Sudahlah selama ini akulah anak yang paling banyak menghabiskan duit ibu ayahku kerana menanggung pengajian aku di universiti. "Takpelah mak, duit mak tu kan nak guna pergi haji tak lama lagi, mak simpanlah. Alah..ada rezeki Johan berniaga lebih nanti, oghang belilah yang baru". Sengaja aku menyedapkan hati ibuku yang risau dengan keadaan anaknya ini. Ayahku yang mengetahui hal ini juga sempat memberiku semangat, "Intan, kena selalu ingat..setiap musibah yang Tuhan bagi, di penghujungnya ada sesuatu yang lebih baik nanti. Tapi dengan syarat, kena betul2 ikhlas terima, tak boleh mengeluh, tak boleh merungut". Hari ini sudah masuk hari ke-2 umat Islam berpuasa, dan sekarang aku dapat merasai kebenaran dari kata-kata ayahku ini. Alhamdulillah, suami ku yang membuka perniagaan di Pasar Ramadhan, MITC dan Duyung menunjukkan hasil yang lumayan. "Alhamdulillah, aku bersyukur padaMu Ya Allah. Kau tarik barang yang aku sayang, tapi Kau berikan aku rezeki perniagaan yang semakin hari semakin baik. Kau tangguhkan hajatku untuk menimang cahaya mata, tapi rupa2nya Kau mahu berikan aku peluang sekali lagi membawa ibuku bersolat Tarawih dan beribadat kepadaMu dengan tenang di RamadhanMu kali ini. Semua yang Kau utuskan, semuanya ada hikmah Ya Allah.  Barangkali jika aku tidak ditimpakan musibah dan kesusahan, aku akan jauh dari Mu Ya Allah"......