testing

                                                                 Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, January 14, 2011

Comelnya anak2 kecil.......

Tak tahulah sekarang ni kenapa aku suka sangat dengan anak2 kecil.....tak kisahla waktu tu aku tengah memandu ke..tengah berjalan dengan suami ke..tengah shopping ke...bila ternampak je baby atau budak2 kecil ni, mesti rasa geram sangat...dah tak rasa sedih macam dulu....
Kalau dulu, mesti macam sakit hati je tengok baby..tengok perempuan mengandung pun aku benci sangat....tak leh pandang langsung..sekarang perasaan tu dah takde lagi...adakah aku sekarang pregnant? "tut"....hehehe....
Rasa gembira dan tenang pandang wajah anak2 kecil ini...
InsyaAlllah...semoga Allah swt kurniakan kepada kami anak2 yang soleh dan solehah..
Hanya anak2 yang soleh dan solehah sahaja yang dapat mendoakan kami...
Mungkin rezeki kami belum sampai lagi kan...cuma cepat dengan lambat je...
Harap2 bila ada anak nanti, aku bukan seorang ibu yang terlalu sibuk dengan kerja & bisnes..
Aku harap sangat aku dapat jadi ibu yang terbaik...yang mengasihimu..anakku..
Aku tak suka bila tengok ada mak ayah yang marah anak2nya depan orang ramai..
yang mencubit mereka..yang menengking mereka...
mereka tu kan kecil lagi..apa yang mereka faham...
tapi itu kata aku yang belum ada anak..
Tapi aku harap sangat aku bukan ibu seperti itu..anakku...
Aku tak suka bila tengok mak ayah yang dukung anaknya ke pasar malam..
yang membawa anaknya naik motosikal...
yang membawa beg pakaian dan anaknya menaiki bas..
tidak kasihankah mereka pada anak itu...
bahaya naik motosikal..tapi apakan daya jika itu sahaja kemampuan mereka..
tak elok keluar malam..tapi apakan daya jika tiada sesiapa yang boleh menjaga anak itu di rumah...
tak panaskah anak itu di dalam bas..berhimpit2 dengan orang ramai...
tapi apakan daya jika kemiskinan itu takdir hidup mereka..
Tapi aku harap aku mampu menyediakan kemudahan, kesenangan,
keselesaan dan kemewahan kepadamu anakku...
tapi jika satu hari nanti ibu dan ayahmu ini jatuh miskin...kesusahan hingga terpaksa meminta2..
mampukah dirimu anakku membantu ibu? ayah?
mampukah dirimu mempertahankan maruah ibu ayah daripada kata2 hina manusia?
mampukah dirimu anakku menerima kesusahan ini dalam kamus hidupmu?
dan paling aku takut.....
mampukah dirimu anakku menjaga ibu dan ayahmu ini seperti kami menjaga & mengasihimu dulu?
betapa takutnya aku menghadapi kemungkinan ini........



Purdah...Niatku Terhalang....


Sabtu lepas, aku memberanikan diri memakai purdah buat pertama kalinya ketika keluar rumah. Waktu itu aku keluar untuk membantu keluargaku mengendalikan katering sebuah majlis perkahwinan. Semasa tiba di rumah mak, semua agak terkejut dengan pemakaian aku yang tidak seperti biasa. Tapi abah dan mak tenang saja dan tersenyum. Malah ibuku dengan pantas berkata padaku, "Mak ada beli purdah 3 lapis masa kat Mekah dulu, amikla". Cuma hatiku begitu kecewa dengan sedih dengan kata2 kakakku yang seakan mengejek aku dengan purdah ini..."Ish apa ni..dah macam kena H1N1 je..nampak mata"..lebih menyedihkan dia menyindir aku.."Jangan dekat dengan cik Tan..dia hantu..". Aku tidak marah dengan kenyataan itu kerana mungkin dia jahil..dia tidak tahu apa2 mengenai purdah ini...tidak mengapalah. Aku gagahkan diri memakai purdah ini ke majlis katering itu..Alhamdulillah, orang ramai seperti biasa sahaja...dan tidak sesekali mengejek atau takut mendekati aku....aku rasa sesuatu yang lain kerana dapat melakukan kerja2 di situ dengan lancar sekali...tidak panas...tidak berpeluh langsung waktu itu walaupun sangkaan aku pada mulanya (sebelum memakai purdah) mungkin akan rimas dan berpeluh teruk bila memakai purdah..Allah swt permudahkan niatku....alhamdulillah...

Mungkin status aku sebagai isteri belum mengizinkan aku untuk berbuat apa sahaja walaupun yang ingin aku lakukan itu untuk kebaikan suami dan rumahtangga. Aku sangkakan suamiku akan membenarkan aku memakai purdah untuk selamanya..tapi tidak sama sekali..Mungkin pada awalnya dia membenarkan kerana menyangka aku memakai purdah pada tempat2 tertentu. Malah kini dia langsung tidak membenarkan aku memakainya kerana katanya dia belum bersedia untuk berubah. Agak pelik kerana aku tidak minta dia yang berubah, sebaliknya aku yang ingin berubah kerana banyak faktor, yang tidak dapat aku nyatakan di sini. Lebih mengecilkan hati ini bila terjadi pertengkaran kecil antara kami.."kalau nak pakai macam ni, jangan pilih saya..baik awak kahwin dengan ustaz sahaja..ini dah melampau"....kepada siapa harus aku adukan kesedihan ini kalau bukan pada Allah yang satu....
 Adakah benar aku perlu berkahwin dengan ustaz atau mufti sekalipun jika aku ingin berpurdah? Adakah benar tindakan aku berpurdah ini melampau..di luar batasan agama Islam? Aku tidak pandai berhujah, tapi aku tahu apa yang aku lakukan itu baik..tidak salah..Tambahnya lagi, "macam mana dengan saya kalau awak berpurdah? saya ni aktif main bowling, main badminton, nanti kawan2 cakap apa...isteri berpurdah, suami bersosial....biarlah seimbang". Tak mengapalah kalau niat baik ini dihalang hanya kerana status aku sebagai isteri bukan sebagai ketua keluarga yang segala keputusan di tangannya....semoga satu hari nanti aku dapat tunaikan hajat hati ini sebelum menutup mata mengadapMU Ya Allah....
Bukan kerana aku lemah..bukan kerana aku takut...Aku tidak berdaya melakukannya tanpa sokongan dan keizinan dari suami..harap wanita yang berpurdah di luar sana, tidak menyalahkan aku....harap sangat mereka memahami keadaanku ini...Kakak dan abang iparku sempat melemparkan kata2 yang agak pedih untuk aku dengar sepanjang hidup aku..bukan sekali dua ini sahaja..sudah acap kali tindakan aku diperlekehkan..."alah..nak buat baik tak payah purdah..yang penting niat kau tu..tujuan kau tu...kalau kau cakap nak tutup pintu fitnah....fitnah apa nya?"...Sehingga kini........aku tidak lagi memakai purdah....sehingga kini....aku tidak menjawab setiap tentangan itu..kerana bagi aku...apa gunanya aku bertelingkah dengan manusia yang sememangnya tidak pernah adil dalam menghukum manusia lain............Ku luahkan segalanya padaMU Ya Allah..yang hanya Kau memahami bahasa hati yang tidak bisa didengari manusia lagi saat ini....yang tidak lagi mengerti walau yang ku harap itu adalah yang dekat di hati..rupanya kini jauh lagi....

Thursday, December 30, 2010

Tenang saja....

Dulu masa Form 1, dapat kelas aliran Arab..aku tak mahu..seminggu aje duduk di sekolah tu..terus minta abah tukarkan ke sekolah yang sama ayahku mengajar..sekarang jadi suka dengan cara orang Arab berpakaian..berpurdah....terbuka hati untuk belajar Bahasa Arab..Bahasa Al-Quran..supaya apa yang dilafazkan dalam solat lebih difahami..dihayati..seperti orang Arab yang menangis bila membaca ayat2 Quran yang menyebut tentang azab kubur, neraka, orang kafir..dll....hebat mereka bukan?...
Masa kan boleh diukur tahap keimanan dengan menangis...tentu sahaja tidak..tapi bagi aku pelajari & fahami Bahasa Arab adalah satu kelebihan....sekarang jadi menyesal pula kerana menolak peluang belajar Arab dulu....Mujurlah sekarang abang sepupuku yang fasih berbahasa Arab sudi mengajarkannya kepada ku..Alhamdulillah...Walaupun hanya dapat belajar melalui kiriman mesej di Facebook..kerana dia mengajar di sekolah di Johor...tapi bersyukurlah..bukankah itu lebih baik dari tidak ada langsung usaha mempelajarinya....
Bercakap mengenai abang sepupuku...aku cukup bangga punya saudara seperti dia..Dia fasih segalanya...dulu akademiknya cukup cemerlang...dulu main muziknya cukup bagus...dulu main basikalnya cukup lincah...tapi sekarang walaupun dia sudah jauh berubah dari dulu...dia tetap abang sepupuku yang lain daripada yang lain..kerana dalam setiap corak hidupku..aku banyak berbalik melihat dirinya walaupun dia sebenarnya tidak tahu..(kalau dia baca blog ni, dia dah tahu lah..hehehe)...walaupun aku tidak serapat dengannya....tidak berbicara panjang setiap hari dengannya...tapi dia pendorong ke arah melakukan kebaikan...
Dulu aku tidak tahu siapa yang patut aku contohi...ada manusia yang cemerlang akademik..bagus kerjayanya..tapi kurang penghayatan agama...aku tidak mahu seperti itu..kerana aku pernah melalui zaman itu..dan aku rasa tidak ada sedikitpun yang dapat menyepikan aku dari kesedihan dan kekosongan...
Sekarang aku tetap sepi juga dalam hiruk pikuk duniaku...tapi bukan sepi yang kosong...sepi yang mendamaikan jiwa....aku tidak perlu mencari contoh yang terlalu jauh..terlalu tinggi..untuk aku mencontohi...cukuplah dia yang paling dekat dengan kami....kalau aku tidak mampu menjadi manusia setaat dia..sekurang2nya aku mampu melontar bicara setenang bicaranya........

RAPUH - OPICK

dah lama x menangis sebab 'ini'.......

Aku seorang yang sensitif...disebabkan itu aku selalu menangis walaupun disebabkan hal yang remeh-temeh...tengok wayang cerita kartun pun aku boleh menangis..inikan pula kalau drama ke..cerekarama ke yang sedih2...yang disiarkan di TV..pasti lebih teruk aku menangis..pernah sampai bengkak2 mata..esoknya tak pergi kerja...hehehe...sekarang dah kurang menangis sebab TV kat rumah dah rosak...TV cap ayam je...suami tak nak beli TV yang baru...lagipun tahun depan dah nak pindah rumah sendiri..dan kami jarang ada masa menonton TV..sebab sibuk keje dan berniaga...
dalam kereta, aku selalu pasang cd OPICK...lagu2nya bersifat ketuhanan..aku suka kerana itu sahaja penghibur hati aku...walaupun sebenarnya aku bukan berhibur, aku menghayati setiap baris liriknya yang puitis...sehingga bisa buat aku menitiskan airmata akhirnya.."meski ku rapuh dalam langkah...kadang tak setia kepadaMu...namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMU"
Dulu pernah sekali..seingat aku bulan 1, 2010...aku menangis bila datang bulan (period)...waktu itu aku rasa seperti seisi dunia ini menghampakan harapan aku yang menggunung tinggi....aku terasa seperti Allah swt tidak kasihkan aku....tidak nampak usaha aku..tidak mendengar rintihan aku...Astagfirullah....ampuni hambaMU yang lemah ini Ya Allah..sesungguhnya Engkau menguji..kerana Engkau Maha Mengasihi & Mengasihani....
Sebenarnya aku menangis waktu itu kerana 'period' ku sudah 2 minggu lewat...dalam hati berbunga2...aku rasa mungkin aku dah pregnant....dah siap merancang2 nak pakai baju pregnant yang macam mana....begitu teruk sekali emosi aku..mental aku...seperti orang gila......
Dan buat kali kedua, aku menangis lagi semalam.....tapi pastinya tangisan kali ini bukan kerana aku tidak meredhai segalanya...aku menangis kerana aku berterima kasih kepada Allah swt..rupa2nya Allah swt masih sayangkan aku...Dia menguji aku lagi...Alhamdulillah....
"Ya Allah..jangan KAU coba aku..melebihi batas mampu dan sanggupku..Ya Allah, bila memang KAU coba..aku pun percaya KAU sayang padaku..."
Pantas kah aku rasa kecewa untuk sebab yang kecil...sedangkan nikmat yang besar..yakni rezeki yang melimpah-ruah Allah berikan..itulah yang patut aku risaukan...sama ada aku mampu menjadi hambaMU yang bersyukur atau hambaMU yang kufur....
"maafkanlah bila hati tak sempurna menyintaiMU..dalam dada..ku harap hanya diriMU yang bertakhta"

Monday, November 15, 2010

aku pitam....

hari Sabtu pagi..jam 5..aku dah sakit perut sangat
kejap2 masuk toilet..
cirit-birit...
kejutkan Papa...Papa amik minyak angin sapu kat perut..
ingatkan dah elok..
masuk toilet lagi..
ada dalam 8x..
Papa tak jadik nak gi OT sebab tengok keadaan aku makin teruk..
last2 aku baring depan TV..tengok 'Khabar Haji'..
teringat kat mak....:'(
terus tak boleh tidur...aku kemas rumah dalam keadaan perut yang sakit..
jam 12..Papa ajak gi makan kat luar
makan nasi ayam..ada lar dalam 3 suap je aku makan
yang lain Papa habiskan...
perut dah x tahan sangat..
Papa bawa gi klinik..
doktor lak takde...
aku cakap ngan Papa..xpelah..nak gi Jusco..nak beli beg..lps tu bru g klinik balik..
masa nk bayar..kena beratur..ramai orang...
bila turn aku, cashier tanya nak beg yang mana sbb hari tu..hari tanpa beg plastik..
aku tunjuk beg kaler coklat..
masa tu mata aku dah berat..pandangan dah kabur..
aku terus toleh pandang Papa..."Papa...."...
aku terus rebah kat situ...
pekerja Jusco cepat2 amik kerusi roda..
Papa papah aku duduk...
diorang tolak aku sampai ke kereta...
muka Papa masa tu dah panik sangat...
maafkan Mama sebab xdgr cakap Papa..nk keluar jugak..wlpn x sihat..
Papa bwk g klinik Amal..
smpi kol 2.30..tp doktor masuk kol 4..
kalau aku nak beranak..dah lama aku terberanak kat situ....
doktor cuma ckp..."perut awk masuk angin sbb awk x mkn"
tu je ke doktor boleh ckp?...
bg sy je jadik doktor!!

Monday, November 1, 2010

adik 'sakit' lagi....

adik ku ada sorang saje....Ade Irma...
masa hari mak berangkat Haji..hari itulah adik aku pula demam panas..
dia sorang saje yang tak ikut hantar mak..
tinggal sorang2 kat umah..
bukan kami yang tak nak bawak..
dia yang tak nak ikut...
kami ingatkan demam bisa sahaja...
bakal tunang adik dah bawak adik ke klinik..
esoknya demam adik makin kuat..
kami sampai rumah jam 3pagi..adik kata dah tak tahan..kepalanya sakit..
abg iparku bawak ke klinik lain jam 4pagi..
kami ingatkan adik sudah beransur pulih...
esok malam..along menangis call abah..katanya adik sakit teruk..
masa tu kami di kedai..berniaga..
abah ajak suamiku balik tengok adik..
aku jaga kedai dengan pekerja lain..
suami panik call ambulans datang rumah..
doktor check..katanya adik ok saje..takde suspect denggi atau sakit lain..demam saje..
abah dah resah..call Busu Azmi, Bibik, Mami, Paman..semua datang rumah..
rupanya adik kena 'sakit' macam dulu...
abah call bakal besannya..Pakcik Salleh datang dengan isteri, azzu (bakal tunang adik)
& abang azzu..yang nampak biasa..
rupanya ada ilmu mengubat orang yang 'sakit' macam adik..
dia periksa keliling rumah..katanya banyak 'benda' berkeliaran di keliling rumah kami..
'benda' yang selama ini mengikut adik...
adik meronta2 nak lari..perwatakan bertukar seperti harimau..
semua pegang kaki tangan kepala adik..kesian adik...mesti sakit..
selesai saja berubat..adik baru sedar...tertanya2 mak mana..
sedangkan dia yang peluk emak sebelum mak pergi..
rupanya masa tu dia tak sedar....kesian adik...
esok kami pergi kerja macam biasa..
abah call aku bertanyakan suamiku mana..
minta bawak adik pergi hospital lagi..
demam adik tak kebah2 lagi...jam 11.00 pg saja, mesti badan dia panas sangat..
di hospital, doktor masukkan air..& adik leh balik rumah..
malam tu abah, suami, along & abg iparku bawak adik gi berubat lagi..
'sakit' adik sebenarnya bukan buatan orang..
'sakit' adik kerana adik tak habis menuntut...
susah nak buang..melainkan gurunya sendiri..
gurunya pula sudah meninggal dunia...
adik kena kuat semangat ye adik...nak menuntut ilmu seperti itu..
harus kuat ibadat..kuat amalan...
sekarang jadik macam ni..semua orang susah....
adik lagi susah..
InsyaAllah..kita sama2 doa semoga adik cepat sembuh...
adik 'posing' dgn mak..