testing

                                                                 Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, November 1, 2010

Mak terpilih menjadi tetamu Allah...

 


2 org insan paling aku sayang....mak & along

25/10/2010 kitorang hantar mak pergi Kelana Jaya..sebelum berlepas ke Mekah..
check-in jam 1.00pg,
tapi kitorang bertolak lepas solat Asar..Pergi 5 kereta & 1 van..
Aku & suami dan Abg anak-beranak 1 van..
Mak naik keta ngan Pak Itam..
Adik tak ikut sebab demam panas..
masa di rumah sebelum berkumpul di surau..Pak Itam azan di rumah..
masa adik peluk emak, airmata aku dah bergenang...
kesian dgn adik....dia yg paling manja & rapat dgn mak..
tiba hari mak nak berangkat...dia sakit pula....
masa di surau...semasa Ustaz Rani bacakan doa...
ada ayat yang begitu bergetar menusuk ke jiwa kami adik-beradik..
"jika ditakdirkan mereka pergi di sana, kita harus redha pemergian mereka..."
aku tak dapat menahan airmata yg bergenang....aku menangis di belakang suami..
tak mahu dilihat orang.....tak mahu berkongsi kesedihan ini..
kerana aku tahu...along, abang & adik juga tidak kuat....
jangan menambah kesedihan yang sudah sedia ada pada mereka....
kalau dulu aku jauh dengan mak sebab tinggal di asrama & universiti...
tapi jauh yang ini amat berlainan sekali.....
4 kereta sesat...sampi dah masuk Shah Alam..ada yang masuk Subang..tak jumpa Kelana Jaya..
mujur mak dah selamat sampi..
takut juga kalau kami tak sempat lambai mak sebelum pergi..
kuasa Allah...4kereta sampi sama di Kelana Jaya jam 7.45 mlm..
sempat solat Maghrib di sana...
Atie (maid Busu) ada bawak lauk-pauk..
kami bawak nasi & air..
bentang tikar..makan ramai2..
sementara tunggu Tabung Haji 'announce' untuk 'check-in'..pemeriksaan beg jemaah..
aku sempat mengatakan sesuatu pada mak..
yang orang lain takkan tahu....hanya mak seorang...
semoga mak tak lupa...
semoga Allah swt lindungi mak di sana...
kerana aku hanya ada seorang emak sahaja di dunia.....
jam 12.30tgh mlm...
kami iringi mak ke tempat pemeriksaan...
dengan sebak di dada yang tak lepas2...
masa mak peluk suami ku....dapat ku lihat airmata itu pada suamiku...
kerana dia tak pernah melihat wajah ibu kandung sejak dilahirkan...
kerana dia menganggap dia hanya ada seorang ibu...
InsyaAllah....doakan kami menyusul menjadi tetamu Allah swt seperti mak......
Ammin.......

No comments:

Post a Comment