testing

                                                                 Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, September 18, 2009

Nabi Sulaiman a.s & semut

Suatu hari Baginda Sulaiman a.s sedang berjalan-jalan. Baginda melihat seekor semut yang sedang berjalan sambil mengangkat sebiji buah kurma. Baginda Sulaiman AS terus mengamatinya, kemudian beliau memanggil si semut dan bertanya,
"Hai semut kecil untuk apa kurma yang kau bawa itu??

Si semut menjawab,
"Ini adalah kurma yang Allah SWT berikan kepada ku sebagai makananku selama setahun."

Baginda Sulaiman AS kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut,
"Wahai semut kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini, aku telah membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu."

Si semut taat pada perintah Nabi Sulaiman AS. Setahun telah berlalu. Baginda Sulaiman AS datang melihat keadaan si semut. Ia melihat kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang. Baginda Sulaiman AS bertanya kepada si semut,
"Hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu?"

"Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. Selama ini Allah SWT yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi kerana engkau bukan Allah, Pemberi Rezeki (Ar-Razak)." jawab si semut.

No comments:

Post a Comment