testing

                                                                 Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, February 8, 2010

Dari Hadis...

Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis di dalam kitab (Loh Mahfudz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah swt" (Al-Hadid : 22)

Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepada mu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berikanlah berita gembira kepada orang2 yang sabar. (Al-Baqarah : 155)

Jika kamu menjauhi dosa2 besar di antara dosa2 yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahan2 mu (dosa2mu) yang kecil dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga). (An-Nisa : 31)

...janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita...(At-Taubah : 40)

Jadilah kamu pemaaf dan suruhlah orang yang mengerjakan yang maaruf serta berpalinglah dari orang2 yang bodoh (Al-Araf : 199)

Sesuatu yang telah ditentukan Allah pasti akan datang, maka janganlah kalian minta untuk disegerakan.. (An-Nahl : 1)

Jika Allah menyukai seorang hamba, Dia akan memberikan di hatinya suatu kesedihan yang amat mendalam. Bila Dia membenci seorang hamba, Dia akan menjadikan dalam hatinya seruling kesenangan.

Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah baik2, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. (Al-Araf : 204)

Wednesday, January 20, 2010

10 panduan rumahtangga (wasiat umamah haris)


Pengantin bergambar bersama sebahagian ahli keluarga pengantin perempuan


Seorang ibu, Umamah bt Haris mewasiatkan kepada anak perempuannya yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang raja Yaman, iaitu Al-Haris bin Amru: "Wahai puteriku, aku ingin memberitahumu 10 perkara sebagai pedoman dan panduanmu dalam melayari alam berumahtangga. 10 perkara itu ialah:
1. Jalinkan hubungan dengan suamimu dengan penuh ketaatan, perhatikan perkara yang menjadi kesenangannya dan janganlah sampai dia melihat kepada sesuatu yang buruk atau tercium sesuatu yang tidak enak.
2. Hendaklah kamu sentiasa membanggakannya kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu.
3. Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya nescaya dia akan bersikap lembut terhadapmu.
4. Kamu hendaklah menguruskan hal ehwal rumahtangga dengan sempurna dan baik.
5. Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatan suami, dan simpan segala rahsianya dengan baik.
6. Jangan kamu sesekali membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya.
7. Jagalah waktu makannya dan waktu rehatnya kerana apabila perut lapar akan membuatkan darah cepat naik. Begitulah juga dengan tidur yang tidak cukup akan menyebabkan keletihan.
8. Andainya suamimu nanti sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihan pula. Kamu hendaklah pandai menyesuaikan keadaan dan bijak mengikut suasana hatinya.
9. Kamu hendaklah sentiasa menghiasi dirimu selalu supaya suamimu nanti berasa senang apabila menatap wajahmu.
10. Jadikanlah dirimu sebagai pembantu kepadanya, nescaya nanti suami akan menjadi penolong pula pada dirimu.








Imam (tok kadi) membacakan doa selepas selesai akad nikah.

Tuesday, January 5, 2010

Jeritan Akhir Malaikat Maut

IBNU Abiddunya menceritakan dari Muhammad bin Kaad Al-Qurdhy dia berkata: "Telah sampai berita kepada ku bahawa makhluk yang paling akhir sekali menemui kematian adalah malaikat maut".

Allah berfirman: "Matilah engkau wahai malaikat maut".

Maka ketika itu juga malaikat maut memekik (dengan pekikan yang sangat kuat sekali) yang seandainya pekikan itu didengari ahli langit dan bumi, nescaya mereka akan mati kerana terkejut. Maka malaikat maut pun mati". Malaikat mautlah yang paling merasakan hebatnya kematian.

Ibnu Abiduyya menceritakan dari Ziyad: "Aku telah membaca dalam beberapa kitab bahawa maut itu paling dirasakan sakitnya oleh malaikat maut melebihi makhluk2 yang lain
".

Thursday, December 31, 2009

Kenapa ibu menangis? .....


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya, "Mengapa ibu menangis?". "Kerana aku seorang wanita", kata si ibu kepadanya. "Aku tidak mengerti", kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti". Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?". "Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya. Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis. Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?". Tuhan berkata: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun harus cukup lembut untuk memberikan keselesaan". "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya" "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tabah ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh". "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya". "Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya". "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadangkala menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu". "Dan akhirnya, Aku memberinya airmata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila-bila masa ia memerlukan". "kau tahu: kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, rupa yang ditampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya". Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana di situlah pintu hatinya - tempat di mana cinta itu ada".

Bilakah DOAku Akan Dimakbulkan?

Apabila Allah cepat makbulkan doamu, maka dia menyayangimu...

Firman Allah, maksudnya: "Dan apabila hamba2-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); AKu perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta benar". (al-Baqarah: 186)


Apabila Dia lambat makbulkan doamu, Dia ingin mengujimu...

Menurut al-Khatabi: "Jika Allah tidak menjawab doa seseorang, Dia akan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya daripada kecelakaan, atau menggantinya dengan pahala".

Menurut hukama: "Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan, sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi daripada apa yang dipohon, atau ia menolak dengan musibah atau penyakit lebih banyak daripada apa yang dipinta, atau diberikan ganjaran pada hari kiamat".

Apabila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu..

Firman Allah, maksudnya: "Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah, Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya".
(al-Baqarah: 216)


Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah..

Firman Allah, maksudnya: "Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, maka bersangka tentang-Ku apa sahaja yang kamu ingini".
(Hadis Qudsi)

Jangan KAU palingkan wajahMU....Ya ALLAH...


Sabda Nabi saw,
"Sesunggunya Allah membuka tangan-Nya pada waktu tengah malam untuk menerima taubat orang yg melakukan dosa pd siang hari dan Allah membuka tangan-Nya pada waktu siang hari untuk menerima taubat orang yg melakukan dosa pada malam hari, sehingga matahari terbit dari sebelah barat"

~Hadis Shahih~
"Semua orang di antara kalian pasti pernah melakukan dosa dan sebaik2 orang yg melakukan dosa adalah mereka yg mahu bertaubat"

~Hadis Qudsi~
"Wahai hambaKu, sesungguhnya kalian berbuat dosa, baik pada malam hari mahupun siang hari, sedang Aku mengampuni semua dosa2 itu. Oleh kerana itu, mohonlah ampun kepadaKu, nescaya akan Aku ampuni kalian"

Mengapa engkau menangis wahai manusia....

Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu
Yang menciptakan segalanya
Yang menimpakan ujian
Yang menjadikan sakit hatimu
Yang membuat keinginanmu terhalang
Serta menyusahkan hidupmu
Pasti akan damailah hatimu
Kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya
Untuk sesuatu yang sia-sia
Bukan kerana Allah tidak tahu derita hidupmu
Retaknya hatimu
Tapi mungkin itulah yang Dia mahu
Kerana Dia tahu
Hati yang sebeginilah yang lebih lunak
Mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya