testing

                                                                 Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 30, 2009

Manusia yang sebegini....

Manusia yang sebegini...
Susah hatinya menjeling kesenangan kita
Ketawa pula melihat kita terjatuh dan tidak berdaya
Katanya konon kita bersaudara
Rupanya itu hanya istilah di matanya
Sedang di hati entah mana letaknya kita

Manusia yang sebegini...
Sahabat sejati sehidup semati
Makan dikongsi senang sama dirasai
Rupanya sampai setakat itu sahaja
Tangisan kita tak mahu didengari
Kita pula disuruhnya tanggung sendiri

Kita kecewa pada manusia yang sebegini...
Jika tak mampu berikan kita gembira
Janganlah pula menambah dukanya kita
Jika tak mahu lihat kita ketawa
Janganlah pula menambah tangisan kita
Biarkan kita dengan hidup kita yang sekejap sahaja

Kita tak cemburu dengan bahagia hidupnya...
Kita tak cemburu dengan lengkap dan sempurna jalannya..
Tapi kita kecewa kerana kita menangis saat kita sepatutnya ketawa
Hanya kerana adanya 'manusia yang sebegini' di dunia....

Erlahin
4.23pm, 30/12/09